LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Trio Malaysia juarai perlumbaan World Endurance Championship

Trio pelumba Malaysia yang iaitu Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Weiron Tan mengharumkan nama negara setelah mereka menjuarai pusingan keempat World Endurance Championship (WEC), perlumbaan tanpa henti selama enam jam di Fuji, Jepun, sebentar tadi.

[ Trio Muda Buat Penampilan Pertama di Le Mans ]

Tiga anak muda Malaysia yang mewakili pasukan Jackie Chan DC Racing X Jota itu mengungguli perlumbaan bagi kategori LMP2, meninggalkan satu lagi trio dari pasukan yang sama iaitu Ho Pin Tung, Gabriel Aubry dan Stephane Richelmi di tempat kedua.

Kedudukan ketiga menjadi milik pasukan Signatech Alpine Matmut dari Perancis yang diwakili tiga pelumba, Nicolas Lapierre, Andre Negrao dan Pierre Thiriet. –

Dalam kedudukan keseluruhan, jentera dikemudi tiga pemandu negara itu kini berada di tangga ketiga, berkongsi 86 mata dengan rakan sepasukan mereka manakala Signatech Alpine Matmut mendahului saingan dengan 87 mata.

Perlumbaan selepas ini akan diadakan di Shanghai yang juga laman sendiri buat pasukan itu, pertengahan bulan depan.

UTUSAN ONLINE

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)