LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Trio Malaysia bakal buat penampilan sulung pada perlumbaan Le Mans

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Trio pelumba negara diketuai Jazeman Jaafar bersama-sama Nabil Jeffri dan Weiron Tan bakal membuat penampilan sulung pada perlumbaan berprestij Le Mans 24 Jam di Paris pada 16 dan 17 Jun depan.

Mereka melakar sejarah sebagai trio pertama dari Malaysia yang akan membawa cabaran negara bersama pasukan Jackie Chan DC Racing menggunakan jentera #37 Oreca pada perlumbaan berkenaan yang disertai lebih 20 pasukan bagi kategori LMP2.

Jazeman yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam arena permotoran, berkata beliau dan rakan sepasukan sudah melakukan persediaan rapi bagi mengharungi perlumbaan tersebut dan menyifatkan ketahanan mental amat penting untuk menghabiskan perlumbaan 24 jam itu.

“Latihan saya dan rakan-rakan juga memfokuskan dari segi mental kerana untuk bertahan selama 24 jam dalam perlumbaan adalah sangat mencabar dan kami juga melakukan latihan simulasi di pusat jentera Jota di England dengan banyak mempelajari selok belok litar Le Mans.

“Selain itu, saya juga menekankan aspek kecergasan kerana sebelum ini saya menyertai ‘speed race’ tetapi kali ini ialah perlumbaan lasak yang menguji tahap ketahanan saya yang maksima,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini – BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)