LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Trio Boling Wanita Bawa Pulang Emas Pertama Negara

Selepas 4 hari menunggu emas pertama yang ditunggu-tunggu peminat sukan tempatan di Kejohanan Sukan Asia 2018 tiba jua.
Emas itu diperolehi melalui trio pasukan tenpin bowling wanita yang dibarisi oleh Ester Cheah, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.
Trio wanita ini berjaya menguasai Pusat Bowling Jakabaring, Palembang dengan mengumul 4,326 jatuhan pin.
Ia sekaligus meninggalkan pemenang tempat kedua dari Taiwan, Pan Yu-fen,Chou Chia-chen dan Tsai Hsin-yi dengan kelebihan 71 jatuhan pin.
Tempat ketiga dimenangi oleh trio dari Singapura Joey Yeo, Daphne Tan dan Bernice Lim dengan 4,250 jatuhan pin.

Satu lagi trio yang diwakili oleh Shalin Zulkifli, Sin Li Jane dan Natasha Roslan terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas hanya memungut 4,144 jatuhan pin.
Bagi Ester, ini merupakan emas ketiganya dalam Sukan Asia selepas berjaya memenanginya pada Sukan Asia 2006 di Doha dimana itu adalah kali terakhir skuad bowling negara membawa pulang emas.
Ini pula merupakan emas pertama bagi Syaidatul dan Siti Safiyah dalam Sukan Asia.

Tahniah kepada skuad bowling negara yang sekaligus mencapai sasaran skuad bowling untuk mendapat satu emas. Diharap akan ada lagi kilauan emas yang muncul di arena bowling.
Nampaknya ada lagi 6 pingat emas yang perlu dikejar oleh kontijen negara bagi mencapai sasaran. Semoga ianya mampu digapai dalam beberapa hari lagi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)