post

Tony Fernandes melawan Mohamad Salim Fateh

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Dua tokoh korporat – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan hartawan hartanah Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din akan menguji kepakaran masing-masing dalam sukan skuasy menerusi perlawanan amal di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil pada Ahad (18 Okt) ini.

Menurut kenyataan Yayasan ECM Libra hari ini, perlawanan amal yang dinamakan “Battle of the Bulge” itu bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan makanan kepada golongan memerlukan yang terjejas oleh penularan pandemik COVID-19.

Perlawanan itu merupakan susulan kepada Program Amal dan Bantuan Makanan COVID-19 yang dilaksanakan oleh yayasan tersebut sejak Mac lepas.

Perlawanan itu disasarkan mengumpul antara RM500,000 dan RM1 juta yang membolehkan pembekalan makanan kepada sekurang-kurangnya 1,000 keluarga selama enam bulan.

Bekalan makanan tersebut akan disalurkan melalui lima badan bukan kerajaan (NGO) iaitu PERTIWI Soup kitchen, Kechara Soup Kitchen, Good Shepherd Services, Yayasan Chow Kit dan Malaysian Relief Agency.

Perlawanan yang diadakan secara tertutup itu akan disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Arena (CH 802 HD/801) dan Facebook www.facebook.com/BOTBCharitySquash.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.