Tokoh Sukan Negara : Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia

Mungkin ramai generasi Y yang tidak mengenali tokoh negarawan yang banyak membantu perkembangan sukan negara. Tan Sri Elyas Omar telah meninggal dunia pada petang tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Elyas, 82 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.15 petang di Institut Jantung Negara (IJN) dan ianya disahkan oleh ahli keluarga Allahyarham, Syahril A.Kadir.

Allahyarham amat dikenali selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari tahun 1985 hingga 1993.
Kejayaan membantu pasukan badminton negara menjulang Piala Thomas pada 1992 akan menjadi lipatan sejarah paling bermakna bagi beliau.
Selain itu, Allahyarham juga melalui komitmennya telah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur bermula pada tahun 1984 dan membantu pasukan warga kota itu menjuarai Piala Malaysia selama tiga kali berturut-turut pada 1987 hingga 1989.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Sukan Negara (1980-84), Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (1980-93) dan Preeiden Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia (1984-88).
Allahyarham pernah dilantik sebagai Chef-de-Mission Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik di Barcelona 1992 dimana pingat Olimpik pertama berjaya dirangkul oleh pasangan beregu badminton negara Razif dan Jalani.
Beliau juga terlibat sebagai Committe Member bagi COmmenwealth Games Bid 1998 dimana Malaysia buat kali pertama berjaya menganjurkan Sukan Komanwell ke 16 di Kuala Lumpur.(Sumber :-Arkib)

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tahun 2005 dan banyak pembaharuan yang dilakukan dalam memartabatkan sukan Malaysia.
Takziah kepada keluarga Allahyarham .

One thought on “Tokoh Sukan Negara : Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.