TM dengan pakej jalur lebar dan netbook kos rendah

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah ada pakej jalur lebar dan netbook kos rendah dari TM. Diberitakan bahawa pakej tersebut hanya RM38 sebulan untuk tempoh 24 bulan. Pakej ini dikhususkan untuk golongan pendapatan rendah bagi memberikan kepada rakyat Malaysia terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Insentif ini memang patut dilaksanakan memandangkan ianya pasti dapat membantu golongan pendapatan rendah terutama untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka dalam bidang teknologi maklumat.
Berita lengkap boleh dibaca di Utusan Online..

Walaubagaimanapun rasanya beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh TM. Antaranya ialah :-

1. Perlu mengenalpasti siapa yang layak sebenarnya..Bukan semua layak untuk mendapat subsidi terbabit.
2. Walaupun mungkin pakej yang diberikan murah, tapi servis perlu terbaik. Kalau tidak mungkin mereka akan berhenti separuh jalan dan netbook tersebut akan menjadi bahan pameran sahaja..
3. Jalur lebar perlu dipertingkatkan di kawasan tersebut. APa taknya, kalau liputan di kawasan penerima lembab umpama siput, pastinya tak memberi sebarang makna..
4. Perlu diadakan latihan penggunaan netbook tersebut. Kebiasaannya golongan pendapatan rendah kurang mahir (tidak semua) dalam menggunakan peralatan ICT, jadi latihan perlu diadakan bagi memberi kemahiran kepada mereka. Mereka perlu diberi kesedaran tentang keperluaan ICT. Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang relevannya menggunakan komputer dengan hidup mereka.

Itu sahaja untuk hari ini. Semoga orang-orang kampung akan menjadi semakin celik ICT seterusnya menyokong blog ligakampung.com ini. Diharap inisiatif ini berjalan dengan jayanya dan bukan sekadar hanya kenyataan di akhbar sahaja..

Pengunjung Entri Ini :9891

20 comments:

  1. nama pon jalur lebar.. mesti la streamix bos… hehe..

    actually promosi ni dah lama.. dah 3 bulan rasanya.. sebelom nie open kat student jer.. boleh tahan la jugak service dia.. =)

    Reply

    zool Reply:

    oo.. aku baru baca utusan online semalam.. lambat la aku..

    Reply

    akuler joko Reply:

    Bro.. Pakej ada 2 la:
    1. Pelajar
    2. Golongan berpendapatan rendah

    Sesiapa yang berminat boleh daftarkan diri di blogbioasli.com/1malaysia2u

    Reply

  2. wah, aku harap cadangan ko tu akan dibaca oleh pihak TM atau pihak kerajaan sendiri

    Reply

    zool Reply:

    ntahlah.. blog picisan ni diorang baca ke>??

    Reply

  3. mcm mne nk TM dengan pakej jalur lebar dan netbook kos rendah 2???sy x tau la..

    Reply

    zool Reply:

    cubalah rujuk website TM atau call diorang//

    Reply

  4. owh..
    kne pergi TM la ye zool.TM portklang ad x pakej ni??

    Reply

    zool Reply:

    cuba lah tanya.. saya tak tau.. saya pun baca dari suratkhabar je

    Reply

  5. Aku dah mohon, tapi menghampakan. Baca la pengalaman aku mohon kat ketikaakubosan.blogspot.com

    Reply

  6. aiya ,u orang semua ditipu la ,apa subsidi ,semua cara buat sales la ,komputer ini harga taksampai 400,itu atas punya orang sudah masukpoket banyak ,tm pun paidai ,u ambil diapunya ,dia lagi untung ,u kena 2 tahun kontrak ,dia takut competetif datang la ,dan setahu saya semua orang pergi pun layak dapat ,mana ada check ic,tm nak dapat untung la,satu saja kelemahan ,yang nak hi-speed ,takboleh

    Reply

  7. eermmm pakej tm ni…besst…kaalau cam saya ni jagaa gaji baru rm850 boleh sangat…nnakk belii tak mammpuu … TERIMA KASIH ..BARISAN NASIONAL….dan TM
    sebagai penendali..
    yang rasa dah kaya tu tak yaah mohon beri ppada yg berhak…now I use NETBOOK SATU MALAYSIA jenama AsuS .. best

    Reply

  8. tak semua orang yang terima netbook tue layak dpt…
    ade org kt felda tue kaya tp still dpt…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,219 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge