LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

TMJ Presiden FAM : Adakah akan berubah landskap bola sepak negara

Peminat bola sepak tempatan mungkin sedia maklum bahawa kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berubah apabila Tengku Mahkota Pahang mengundur diri dari menjawat jawatan Presiden FAM pada tahun ini.

| Tengku Abdullah, perlukah beliau berundur dari FAM |

Melalui kongress yang bakal diadakan pada Sabtu ini, terdapat 2 calon untuk bertanding dalam jawatan tertinggi persatuan bola sepak negara iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga Tan Sri Annuar Musa. Terdapat banyak polemik yang berlaku dalam pertandingan antara 2 penjuru ini. Ianya terjawab apabila Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden KAFA mengambil keputusan untuk menarik diri dari meneruskan usaha bertanding dalam merebut kerusi panas itu.

TMJ-Annuar Musa

Dengan keputusan itu, secara amnya Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal mengepalai FAM selepas ini.  Kita banyak melihat isu-isu yang dikemukakan oleh beliau ketika menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) sebelum ini. Mungkin dengan kemasukan beliau dalam FAM akan mengubah arena bola sepak tempatan.

Antara isu yang mungkin akan diselesaikan oleh beliau adalah :-

  1. Isu pembahagian hak penajaan kepada kelab-kelab bola sepak. Kita harapkan setiap kelab mendapat pembahagian yang ADIL untuk mereka meneruskan kelangsungan dalam Liga Bola Sepak Malaysia.
  2. Pembangunan bola sepak yang lebih sistematik. Kita perhatikan Malaysia mempunyai banyak sekolah sukan terutama yang melibatkan sukan bola sepak namun hasilnya masih di takuk lama. Pemain-pemain masih berada di level yang tidak mampu untuk bersaing dengan pemain luar. Mungkin dengan kemasukan TMJ, aspek pembangunan akar umbi dapat diperbaiki.
  3. Isu pengadil. Sebelum ini beliau pernah memberikan isu tentang tahap professionalisma pengadil. Mungkin cadangan untuk menjadikan pengadil sebagai profession tetap dapat direalisasikan oleh beliau sebagai nakhoda FAM.
  4. Pemain negara boleh di eksport ke luar negara. Jika sekarang ni kita perhatikan para pemain banyak yang diimport , mungkin dengan kemasukan TMJ dalam organisasi FAM boleh memberikan peluang kepada para pemain tempatan untuk bermain di luar negara.
  5. Jalinan kerjasama dengan pasukan luar. Ketika berada di JDT, beliau mempunyai rangkaian yang baik dengan pasukan seperti Borrusia Dortmund. Mungkin dengan kemampuan beliau terdapat jalinan kerjasama dengan pasukan-pasukan lain. Bukan sekadar untuk perlawanan pertunjukan tapi lebih dari itu.
  6. Perubahan jadual Liga Malaysia supaya dapat membantu pasukan kebangsaan untuk bersaing dengan lebih baik. Kalau diikutkan, jadual ketat menyebabkan kesukaran untuk mengumpul para pemain terbaik untuk bersaing dalam kejohanan antarabangsa. Mungkin TMJ boleh memberikan idea yang baik untuk isu ini.
  7. Fasiliti yang lebih baik di keseluruhan tempat. Kalau kita perhatikan fasiliti pasukan JDT bertaraf antarabangsa. Banyak pasukan kagum dengan stadium JDT walaupun ianya adalah stadium negeri. Mungkin TMJ mampu memberikan panduan yang lebih jelas kepada FAM untuk memperbaiki fasiliti yang terdapat di negara kita.

 

Itu serba sedikit komen dari Ligakampung.com. Mungkinkah landskap bola sepak negara kita akan lebih maju? Kami merasakan tempoh 5 tahun diperlukan untuk beliau memberikan perubahan yang besar dalam landskap bola sepak Malaysia.

 

Please follow and like us:
error0

One thought on “TMJ Presiden FAM : Adakah akan berubah landskap bola sepak negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)