post

TMJ nafi dengki dengan Luqman

Sebenarnya kami agak risau untuk menulis mengenai perkara ini tapi kami cuba menggunakan ayat sebaik mungkin ye.
Mungkin korang sedia maklum dengan isu yang sedikit hangat dimana TMJ memaklumkan bahawa pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mendapat tawaran dengan pasukan kelab Belgium , KV Kortrijk disebabkan oleh permintaan beberaa pemimpin negara sebelum ini.
Ini menyebabkan TMJ memberikan maklumbalas dalam laman sosial Instagramnya :

“Ada kepala? Semua cakap TMJ dengki. Awak ingat dengan apa yang Allah sudah kurniakan dalam hidup saya ini, saya ada masa nak cemburu atau dengki ke?

“Kalau benda bagus saya cakap bagus, kalau tidak saya cakap tidak,” katanya menerusi akaun Insta Story miliknya hari ini.

“Pakai otak yang ada dan fokus kepada dua baris terakhir. Dua benda mustahak dan positif saya cakap yang semua tak peduli.

“Pertama semoga berjaya. Kedua jangan jadi victim (mangsa) kepada conman (penipu).”

Sememangnya kami agak terkejut dengan kenyataan TMJ terhadap isu ini sebelum ini. Pada pendapat kami tak kisahlah samada Luqman dapat ke Belgium guna kabel atau sebagainya.
Yang penting beliau mendapat peluang untuk beraksi di Liga yang telah menghasilkan ramai pemain handalan dunia.
Apapun kami mengharapkan agar Luqman fokus kepada matlamat utamanya untuk beraksi di pasukan ternama dunia.
Tidak mustahil pemain kelahiran Kelantan ini mampu mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara beraksi di Liga Belgium dan mungkin mengorak langkah ke liga yang lebih besar lagi..
Semoga berjaya..

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “TMJ nafi dengki dengan Luqman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.