BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » TM perluas UNIFI kepada 1.3 juta pengguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tengah boring-boring ni terbaca satu berita tentang TM perluas UNIFI kepada 1.3 juta pada akhir tahun dekat Sinar Harian. Antara usaha yang dilakukan oleh Telekom Malaysia adalah dengan memperluaskan liputan rangkaian UniFi , melakukan transformasi bahagian pusat hadapan pelanggan, pusat panggilan dan juga juruteknik yang berurusan terus dengan pelanggan. Menurutk CEO, Datuk Zamzairani Mohd Isa , kini terdapat 40 TMPoint telah melalui proses transformasi dan 60 TMPoint yang akan mengalami proses perubahan tersebut.

Okay, berbalik kepada tajuk perluasan UNIFI. Ia memang satu usaha yang baik dari TM untuk memberikan perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan tinggi namun adakah perkhidmatannya akan sampai ke kampung si Zool? Ini kerana sehingga kini, perluasan rangkaian di Melaka tidak meluas. Malahan melalui beberapa sumber, di Ayer Keroh (setakat Jan 2012 yang lalu) pun belum ada lagi perkhidmatan UniFi lagi. Harap-harap perluasan UNIFI ini turut melibatkan kawasan di luar kawasan untung (banyak pelanggan). Ye lah, kalau nak ikutkan kawasan rumah si Zool ni memang tak banyak pelanggan kot. Almaklumlah, kampung yang hanya dipenuhi oleh warga emas je. Takkan diorang nak langgan UniFi pula.. Lagi satu, kalau boleh kurang-kurangkanlah harga pakej UniFi tu. Boleh juga si Zool ni tempah dan memudahkan beliau menonton bolasepak kat internet je. Tak gitu?

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :683

3 thoughts on “TM perluas UNIFI kepada 1.3 juta pengguna

  1. Saya di Kuantan masih belum terima UniFi lagi. Desas desus ada kedengaran akan sedia digunakan pada suku ketiga tahu ini. Sudah tidak sabar rasanya mahu uji cuba si UniFi ini. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le. kat tempat saya ni tak sampai lagi. Melaka pun beberapa tempat je.

    Reply

  2. tehrNo Gravatar says:

    memang akan ambil masa juga ni
    kat kampung aku ni pun belum ada lagi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge