Tips pengucapan awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

‘Pengucapan awam’ adalah sesuatu tugas yang sering cuba dielakkan oleh sesiapa ketika menghadiri kursus. Tapi ianya sukar dielakkan terutama bagi kursus-kursus yang memberikan markah. Saya menulis mengenai tajuk di atas bila terdapat ramai pencari keyword ‘pengucapan awam’ yang sesat di blog ini. Yang membanggakan ada yang menggunakan artikel Pengucapan Awam – Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial untuk kegunaan pengucapan awam di kursus masing-masing.

Saya bukan pakar tentang pengucapan awam ni tapi pernah mendapat tips dari mereka yang bijak dalam memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai. Jadi elok rasanya ilmu ini dikongsi bersama. Mana tau satu hari saya perlu berucap di khalayak ratusan pengunjung, artikel ini boleh dijadikan rujukan..

Cukup dengan mukadimah. Berikut merupakan beberapa tips yang dapat saya mereka :-

1. Kalau anda diberi pilihan untuk membuat ucapan berdasar tajuk sendiri, pilih tajuk yang dekat di hati anda. Jangan memandai mencari tajuk yang cukup sukar kononnya nak mencabar diri sendiri. Sebagai contoh, anda pakar dalam bidang ‘ pentadbiran’ tapi anda nak mencuba tajuk ‘ Revolusi Matematik menjana kemajuan teknologi robotik’ (main hentam je tajuk ). Baca tajuk pun dah boleh pening apalagi nak karang isinya kan.. Silap haribulan 2 perenggan pun tak boleh nak tulis..
2. Kalau anda gemuruh ( macam si Zool) berhadapan dengan penonton, cuba halakan pandangan pada awek/pakwe yang cun/hensem. Baru memberi semangat.. Tapi kena hati-hati gak sebab mana tau tetiba beliau mengenyit mata kat anda mau tetiba anda rebah… Lebih-lebih kalau awek/pakwe tu ‘secret admire’ anda.. Huhuhuhuhu..
3. Apa-apa sekalipun mulakan dengan ‘bismillah’ sebagai pembuka kata. Jangan main terjah je…
4. Perlu ada mukadimah yang sesuai. Tak terlalu panjang dan terlalu pendek. Bergantung kepada masa yang diberi. Jangan takde mukadimah langsung nanti dah macam robot plak. Tapi kalau panjang sangat, isinya pula tak sampai..
5. Jangalah memasukkan perkataan yang susah nak disebut. Sebagai contoh, ‘ Transformasi revolusi yang menyebabkan provokasi antara dua reformis meledakkan caknaan diri (apa aku tulis dah..)’. Ayat seperti ini mampu menganggu tumpuan terutamanya bila anda melakukan kesilapan dari segi sebutan. Bila dah silap tu pasti menganggu emosi.. Silap-silap boleh ‘blank’ terus..
6. Sebelum giliran anda, pastikan segala bahan-bahan yang perlu dibuang telah pun selamat disemadikan. Jangan nanti masa tengah berucap tetiba ‘pon pon’.. Fahamkan.. Kalau tak faham ‘ lu pk lah sendiri’..
7. Buat lawak .. Tambah sedikit perisa pengucapan awam anda dengan lawak jenakan.. Kalau berani boleh berinteraksi dengan penonton. Teringat masa kursus di INTAN Kluang dulu. Ada seorang peserta yang selamba menggunakan seorang awek comel sebagai subjeknya. Terkejut member tu.. Tapi teknik ni kena muka tebal cam batu bata la kan.. Kalau penonton tu sporting ok, kalau sebaliknya memang anda yang malu..
8. Bila pegang mikrofon tu, cuba bayangkan yang anda sedang menyanyi di karaoke Box. Tapi jangan sampai silap korang pergi nyanyi plak lagu ‘Wali Band ‘.. Gawat dong..

Okay cukuplah untuk kali ini. Seperti yang saya tulis diatas, tips ini saya ceduk dari pakar-pakar, cuma ayatnya ditambah perisa bagi menjadi menarik. Saya bukanlah pakarnya ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :6017
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

21 Responses to “Tips pengucapan awam”

  1. eyriqazzNo Gravatar says:

    dah lama tak buat public speaking..dulu debater,skang ntah brani ke tak..hik2

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau dulu debater mesti boleh punya.. takkan hilang skill lama tu

    Reply

  2. TMUkmkdNo Gravatar says:

    hahaha aku ada ambik kelas ni sem neh. tugasan dia apa tau?
    kene buat filem 30 minit. apa kaitan aku pun tak tahu :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu bukan public speaking tu.. tu presentation.

    Reply

    TMUkmkdNo Gravatar Reply:

    serius. nama kelas tu penulisan dan pengucapan awam. tapi dia punya ajar dalam kelas macam ambik kelas filem XD
    tapi enjoy~

    Reply

  3. etomyamNo Gravatar says:

    public speaking ni main banyak praktis makin improve hehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la.. kalau tak praktis tak tau tahap keberanian

    Reply

  4. beliamudaNo Gravatar says:

    aku pun ada darah gemuruh gak. maunya terketar2 masa kena speaking depan orang ramai.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo kena latih tu..mana tau nanti jadi pegawai besar.. kena berucap kat depan orang tu

    Reply

  5. zikNo Gravatar says:

    dulu mula-mula memang nervous nak cakap depan orang ramai…tapi bila dah biasa…improve sikit2 la..pengalaman tuh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bagus tu…
    kalau pandai cakap depan org ramai banyak kegunaan..
    jual ubat contohnya.. ops ..
    jadi penceramah misalnya

    Reply

  6. surayaNo Gravatar says:

    i dun like public speaking. hehe~
    XD

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    i pun tak like..
    tapi kena gak… terutama time kursus

    Reply

  7. miss lollyNo Gravatar says:

    huhuhuhu!

    public spaeking tak kuasaaaaaaaaaa gue ! huh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak suka pun nanti kena gak kan…
    belajar tinggi2 mesti kena buat public speaking gak..

    Reply

  8. REDBLOODSNOWNo Gravatar says:

    wahh..nice tips bro. Sgt berguna utk org yg mcm zie nih yg sgt nebes bile bg ucapan public…huhu :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hm.. sekadar berkongsi je

    Reply

  9. DoReMiNo Gravatar says:

    Thanks la sebab ada tips pasal ucapan public ni..saya dah lama cari..
    http://formulaluarbiasa.com/recommends/bijakwang

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sekadar berkongsi je

    Reply

  10. Pengucapan awam adalah salah satu fobia bagi kebanyakkan orang. Bukan senang nak cakap depan orang. Banyak cara sebenarnya. Cuma paling penting buat persedian sebaik mungkin. Bermula dengan meilih tajuk, mencari bahan dari tajuk, penampilan, gaya bercakap dan sebagainya. Saya ada banyak pengalaman untuk dikongsikan.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. kena bersedia tapi jgn terlalu bersedia nanti blank.. betulkan?

    Reply

Leave a Reply