Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Kalau anda pernah membaca cerita mengenai kejadian memalukan ketika saya berkursus mungkin dapat memahami kenapa saya membuat tajuk ini.. Manakala jika anda bersama-sama ketika kursus mungkin akan tersenyum sinis mengenangkan kepayahan budak Zool ketika itu..
Nampaknya setelah belajar dan berlatih sedikit sebanyak saya telah memperbaiki skill meniup dan mengikat belon. Berikut merupakan tips yang saya pelajari untuk dikongsikan bersama :-
1. Pastikan anda berada dalam kedudukan yang stabil.. Tiada tekanan dalam diri dan jangan tergesa-gesa untuk meniup belon..
2. Pusatkan minda anda pada nafas.. Buka hujung belon tersebut dan tegangkan ia… Pastikan ianya kenyal bagi memudahkan proses untuk meniup belon tersebut..
3. Kemudian tiup belon tersebut mengikut kadar keupayaan anda.. Jangan tiup terlalu laju kerana ianya akan menganggu tenaga tiupan anda.. Dapatkan nafas setelah setiap tiupan..
3. Belon anda kian membesar dengan kandungan angin.. Pastikan tahap pembesaran belon tersebut masih meninggalkan lebih kurang 1cm hujungnya bagi memudahkan proses mengikat..
4. Proses mengikat merupakan proses yang agak sukar.. Pusing hujung belon tersebut ke 2 jari anda.. Tarik hujung tersebut dan masukkan ke ruang yang terdapat di jari anda.. Keluarkan 2 jari anda setelah hujung belon tersebut berjaya dikeluarkan..
5. Yes.. Anda telah berjaya mengikat belon tersebut…
![]()
Tak berjaya lagi?? Takpe cuba berkali-kali sehingga berjaya. Antara punca-punca gagal dalam proses menyediakan belon ialah :-
1. Dalam keadaan stress.. Biasanya kadar tiupan akan menjadi tidak stabil dan kawalan pernafasan tidak sempurna menyebabkan gagal..
2. Kebocoran belon.. Kadang-kadang terdapat belon yang bocor samada kecil atau besar…
3. Belon teramat besar. Ia menyebabkan tempat untuk mengikat belon tersesbut menyebabkan tiadanya ruang untuk dimasukkan hujung belon tersebut..
4. Tiada bakat.. He he he.. Saya kurang bersetuju tapi mungkin ada kebenarannya..
5. Sakit.. Kalau anda berpenyakit dan tidak boleh melakukan aktiviti sebegini jangan gatal-gatal plak cuba meniup.. Nanti ke hospital plak..
6. Takut belon meletup.. Rasanya ini pun faktor yang menyebabkan fobianya individu untuk meniup belon..
Begitulah sedikit sebanyak tips dari orang yang pernah gagal mengikat belon.. Walaupun kita gagal namun berusahalah untuk mengubahnya.. Tips yang remeh ini diharap dapat membantu segelintir individu yang bernasib malang seperti saya…
Tags: tips







July 30th, 2008 at 8:45 am
heheh.. DIY guide utk ikat belon
July 30th, 2008 at 10:55 am
nak ikat belon pun ade caranya ya..aku besa main tibai je klu ikat belon ni..
July 30th, 2008 at 1:23 pm
teringat kita semua kena dera dengan wak ali meniup belon.. saya dapat tiup belon tapi x dapat ikat sampai ada org lain kena tlg ikatkan..huhuhuhu..
July 30th, 2008 at 7:30 pm
haha..tips yang sangat bagus

saya slalu x lepas tiup belon.
grr..
takut pecah sebenarnya
July 31st, 2008 at 12:09 am
syia –> dapat bantu siapa2 yang tak pandai ikat belon..
mohdhafifi –> tibai camne tu??
tuty –> huhuhu.. saya tak dapat nak ikat.. lepaih tu tertekan.. langsung tak dapat nak tiup.. tapi takpe sekarang dah bolehlah ikat .. Kat umah siap beli sebab geram sangat pasal ari tu…. takde susah sangat..
yonna –> biasalah takut pecah.. tiup agak2 je.. jangan sampai lebih besar dari kepala kita.. tu yang meletup tu..