Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Nampaknya hari ini memang agak penat… Almaklumlah pagi tadi ada perhimpunan bulanan dan biasalah macam2 cerita.. Dan yang kelakarnya penganjur perhimpunan siap bagi air mineral ngan kurma.. Apa motifnya air mineral tu?? Kalau kurma tu ok gak untuk berbuka puasa.. Huhuhuhu.. Sangka buruk tul si Zool ni..
Ketika saya sibuk keluar dari ofis untuk mendapatkan sedikit benda tiba-tiba saya dipanggil kembali oleh boss. Terfikir apa yang penting sangat sehingga saya perlu segera ke ofis kembali.. Rupa-rupanya ada 3 orang budak lelaki yang ingin berjumpa dengan saya.. Untuk apa ek? Oh rupa-mereka ingin mendapatkan maklumat tentang perumahan di Melaka.. Ceh cam orang penting je Zool ni sedangkan bukan bagus mana pun..
Memang saya selalu juga di minta oleh pelajar-pelajar IPT untuk memberikan sedikit informasi mengenai perumahan di Melaka.. Berdasarkan pengalaman, saya dapati bermacam-macam jenis pelajar samada perseorangan, berkumpulan.. Kadang-kadang bengang juga sebab kebiasaannya mereka sering main terjah je datang.. Bersama-sama ini saya sertakan beberapa tips untuk adik-adik semua sebelum datang mendapatkan informasi dari Jabatan Kerajaan ( hanya terpakai untuk individu tertentu sahaja..)
1. Tolong telefon dahulu pegawai yang terbabit sebelum datang.. Kadang-kadang tidak semua kakitangan pejabat yang bekerja di pejabat sepanjang masa.. Kerja luar, kursus, seminar, majlis rasmi merupakan kerja rasmi yang kadangkala menyukarkan anda untuk mendapatkan kerjasama..
2. Jangan minta maklumat dalam jangkawaktu yang singkat.. Untuk makluman anda semua, kakitangan kerajaan kini tidak seperti dulu ( terpakai untuk agensi saya, Uzair dan jabatan di Negeri Melaka..Jadi kalau jam tu juga nak maklumat tu rasa-rasanya mungkin anda akan kecewa… Selain itu kadangkala data yang diminta perlu dikumpul dari agensi lain..
3. Perlu berpakaian rasmi.. Jangan selamba datang pakai selipar Jepun atau jeans londeh.. Kalau kena ngan pegawai yang ‘strict’ buta-buta je ko kena halau..
4. Jangan berlagak pandai dan jangan terlalu bodoh.. Ada juga yang cuba nak memandai-mandai kononnya mereka lebih expert dari penyampai maklumat.. Ini bagi menghargai pemberi maklumat tu walaupun hakikatnya anda lebih pandai dari beliau…
5. Janji mesti ditepati.. Kalau janji untuk buat ‘appointment’ pada hari tertentu pastikan anda datang tepat pada waktunya.. Kalau lambat memang saja je la tu…
6. Pastikan anda ada surat untuk meminta maklumat.. Ini kerana kebanyakan maklumat kerajaan adalah rahsia dan tidak boleh diguna sewenang-wenangnya.. Jangan marah kononnya birokrasi tapi sebenarnya itu untuk menjaga periuk nasi kami..
Hm.. rasanya cukuplah setakat ini tips-tips yang boleh dijadikan panduan ketika anda meminta maklumat dari Jabatan Kerajaan.. Kalau saya ada idea lain akan ditambah lagi…
p/s:- Esok ada peperiksaan ni.. Satu apa pun tak baca lagi ni.. Doakan saya berjaya ek… AMIN..
RSS Feed
Twitter



September 8th, 2008
zool 
Posted in
Tags: 


ohoo..ingatkan bole la mintak incik zool kan…keh3..ngah usha 2 tempat untuk praktikal..
good luck exam incik zool!!
Reply
macam mana aku mahu dapatkan no tipon pegawai kerajaan tersebut en. zool. adakah kerajaan menyediakan direktori telefon pegawai2nya yang boleh diakses oleh rakyat?
Reply
kene ingat ni
eh awk x citer pasal cacing dh ke?
Reply
ecahkoop –> minta apa ni…
aeropama –> ada sebenarnya…Tapi mana ada orang nak cuba cari.. kat website jabatan masing2 pun boleh cari.. tapi ala lecehkan bro… biasalah mentaliti tak leh ubah.. nak suap je…
syia –> hm.. sekarang ni tak berapa nak citer pasal cacing.. bior dia duduk diam makan kasi gemuk dulu..
Reply
hehe. aku penah wat keje gila. Main terjah aje. Tapi nak wat camana. Maklumat tu nak cepat gak. Nasib baik akak tu sporting dan lawa. Puji sket, suka gila dia. Hehe..
Reply
hoho…nak mintak maklumat kat aku,aku xmungkin dapat bagi sbab semuanya rahsia kerajaan..dpat bagi sipi-sipi je la..
Reply
pengalaman mengajar kita berhati-hati en kool. kalau phone dia org pas-pas kat situ kat sini n birokasi yg menyebabkan pihak kerajaan bertindak lembab n lambat.pengalaman saya, jika nakan sesuatu terus tulis surat / jumpa terus dgn boss. baru yg bawah-bawah ni kelam-kabut, betul ke????????????en kool!!!!!
Reply