Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Tips elak malas nak tulis entri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Setiap orang mempunyai tahap kemalasan dalam diri masing-masing. Perasaan malas ini memang teramat sukar untuk dibuang tapi perlu ditangani bagi memastikan sesuatu perkara yang dilakukan itu berjaya. Menulis entri di blog juga merupakan sesuatu perkara yang bukan mudah kerana aura malas sering membelengu. Ketika jari jemari mencecah papan kekunci belum tentu sesuatu entri berjaya dihasilkan. Dengan dorongan sifat malas tersebut mampu menyebabkan penulisan terbengkalai. Terdapat bisikan yang menyuruh melewatkan atau menangguhkan kerja ke hari yang lain.. Sekiranya terpengaruh dengan ajakan suara halus tersebut, kiranya akan berlakunya proses penangguhan yang sedikit sebanyak merugikan diri.

Berikut merupakan beberapa tips untuk elak malas dari menulis entri. Samada ianya boleh dipakai atau tidak ‘ Lu PKlah sendiri’ :-

1. Kena setkan matlamat dan sasaran. Sekiranya tiada halatuju mungkin ianya terbengkalai di tengah jalan. Secara amnya saya mempunyai sasaran dari segi traffik, pendapatan dan sebagainya. Ini sebagai motivasi untuk mendisplinkan diri dalam menulis.
2. Menulis untuk menghargai kesetiaan pembaca. Walaupun tak sepopular mana, tapi rasanya ada juga pembaca yang rajin mengikuti perkembangan blog ini. Ada ke?? Jadi untuk itu, perlu menulis dalam jangkawaktu yang konsisten. Blog yang tiada pengemaskinian dalam tempoh yang lama pastinya akan memberi kesan kepada mereka.. Mungkin mereka akan lari ke blog lain setelah blog tidak dikemaskini.. ( cam jual nasi lemak plak kan..)
3. Menulis 3-5 entri sehari dan menjadualkan tarikh untuk ianya dipaparkan. Rasanya mungkin anda tahu menggunakan teknik tersebut. Kalau tak tahu, boleh tanya Kak Jie.. He hehee.. Secara jujurnya saya jarang menggunakan kaedah ini. Selalunya idea akan ditulis secara kasar dalam buku nota dan bila pulang ke rumah barulah di’canai’nya menjadi sebuah entri..
4. Membaca. Zaman teknologi banyak informasi di internet ataupun di media masa. Kadangkala isunya boleh diambil dan digunakan untuk menghasilkan sebuah entri. Untuk lebih mudah, kaedah ‘copy paste’ boleh digunakan sambil mengulas mengenai isu terbabit. Dengan mudah satu entri boleh ditaip dalam tempoh kurang 15 minit.
5. Bagi sesiapa yang cun/hensem, anda boleh mengambil gambar dalam rumah dengan sedara mara/ sahabat handai dan publishkan. Tapi kena hati-hati sekarang banyak orang jahat berlegar kat internet ni.. Tips ni jarang digunakan oleh si Zool kerana kekurangan dari segi kehensemannya. Sebab tu beliau lebih banyak bermain dengan tulisan berbanding gambar..

Rasanya cukup setakat ni. Sebenarnya ia berpokok pangkal dari diri anda. Anda yang tentukan dan mampu mengubahnya..
Sekian..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 109
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

21 comments to Tips elak malas nak tulis entri

  • Farahaznil sokong dengan kesemua idea tu!haha..klu time ada masa..lebih baik jgn buang masa n tulis entri byk2..kan senang bila time sibuk nnt..hehe..xde nak pening2 pk apa perlu ditulis..tensen suda..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. schedule post tu dpt jimat masa.. tak pun catat kat buku nota ‘555′… esok2 boleh karang

    Reply

  • Salam Zul,

    mekasih dok kongsi semua dengan kami : ) No.2 itu akan aku jadikan ingatan. Tu laa kadang2 aku ni lupa. dok siap berangan sampai berabuk blog RestNrilekS. Ahaha.

    Terus terang, aku kagum la yang buat entri lebih sehari sekali, atau pun tiap2 hari, walaupun guna teknik Kak Jie tu..

    hehehe — Tabik kepada mereka : )

    Kita serupaaaaaaaa (nyanyi…) untuk point no.5! Aha! : )

    Selamat berblogging Zul.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. ramai yg guna teknik schedule post tu.. pro blogger cam Darren Rowse pun biasa buat lebih dari satu post sehari tapi dia jadualkan..

    Reply

  • bukan malas nak kemaskini blog.kadang2 sibuk memanjang.
    satu entri bolehlah.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau sibuk tak payahlah nak sibuk update blog..
    untuk orang yang tak sibuk dan suka menyibuk je..
    he hehe.. gurau je.

    Reply

    safarNo Gravatar Reply:

    jadi penyibuk tinggal komen.suka lepak ke blog
    termasuk ligakampung ni.hehe…….

    Reply

  • tapi kalau rajin payah plak.. sik nak menulis jer.. hehe.. macam aku tadi.. time keje pon leh sampai idea.. trus masuk dalam hp.. :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oklah tu bro.. ada idea masuk je hp / buku nota..
    idea tu berharga ..

    Reply

  • dah pernah try nak buat scheduled post ..tp tetap malas gak..huhu..camna la nak buek ni..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yang tu den tak dapek tolong.. try la upah mat bangla tolong tuliskan…

    Reply

  • 2,3 hari jgk aku xde idea nak tulis baru ni. unique visitor turun mendadak.. mmg kita ni slalu kena update, kalau x susahla nak maintainkan visitor. kalo kita popular xpe jugak zool..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul2.. kita tak popular kenalah selalu update.. memain ngan keyword lagi..
    kalau popular /cun cerita pasal pegi menoreh pun ramai tinggalkan komen…

    Reply

    AmirNo Gravatar Reply:

    tapi update 3 kali sehari tak bagus jgk… coz ape yg aku nampak, sape2 yg update blog banyak kali dlm sehari, artikel yg dihasilkan tak best pun. mcm desperate nak tulis artikel. hehe.

    Reply

  • kalau rajin blogging tp keje lain tak buat mcm mana. adeh tolong aku, byk baca blog termasuk blog ko smpi keje lain x buat

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    er.. aku dipersalahkan ke???

    Reply

    matjoeNo Gravatar Reply:

    ahah, ngko lerr :P

    Reply

  • loqNo Gravatar

    ye malas.memang faktor utama blog aku tak update2.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe blog ko ribu2 an pengunjung sehari…

    Reply

    loqNo Gravatar Reply:

    haha.lawak plak statement ko ni.mane ade ribu..tapi blog yg lain mungkin akan cecah ribu2 la.. ^_^

    Reply

  • [...] 8,2010 Erm, sebenarnya aku tertarik dengan hasil penulisan di sebuah blog yang bertajuk “Tip Elak Malas Nak Tulis Entri“. Dalam penulisan beliau, dia menekanan beberapa perkara yang boleh menyebabkan kita malas [...]

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>