Tips Bola Sepak : Cara Untuk Menendang Bola Tepat

Agak lama Jamal menyepikan diri. Untuk kali ini, boss minta Jamal tulis artikel tips untuk menendang bola dengan tepat. Dengar cerita boss sekarang ni rajin main bola sepak dengan jabatan. Mungkin dia nak lawan team Jamal lepas ni.
Tapi memang tak mungkin sebab Jamal masih tak nak expose diri waima pada boss pun. Menendang bola tepat ke sasaran memang bukan satu tugas mudah. Latihan dan dedikasi akan dapat memperbaiki ketepatan untuk seorang pemain dalam menghalakan arah laluan bola itu.
Pentingnya anda mempunyai latihan yang mencukupi untuk memastikan posture badan serta pergerakan itu selari bagi memastikan bola itu sampai tepat ke sasaran. Jamal kongsikan serba sedikit tips yang boleh korang(boss) amalkan:-

1) Tumpukan pada kawasan bola itu jatuh. Anda kena melihat lokasi itu setepat yang mungkin. Sebelum melakukan sepakan, lihat kawasan tersebut.

2) Belajar untuk meletak kedudukan sokongan kaki. Anda mungkin mempunyai tendangan yang kuat, tetapi tanpa sokongan dan kedudukan kaki yang tepat, arah bola akan menjadi liar dan tidak tepat ke sasaran. Di mana anda meletakkan kaki dan kedudukan anda membengkok kaki akan mempengaruhi ketepatan arah.
Ia juga akan membantu tahap ketinggian bola untuk bergerak ke arah yang dituju. Jika anda ingin memastikan bola rendah dan tepat, letakkan kaki sokongan anda secara langsung sejajar dengan bola dengan kaki anda lurus ke depan. Ini dapat mengekalkan trajektori bola dari padang. Jika anda menendang dengan kaki kanan, letakkan kaki kiri untuk menujuk ke arah itu.
Jika anda mahu bola bergerak tinggi, letakkan kaki kiri lebih jauh daripada level bola.

3) Pastikan posisi badan anda betul. Bahu dan lengan berada di posisi terbaik akan membantu ketepatan rembatan anda. Apabila merembat bola rendah, hayunkan sedikit tangan untuk menyeimbangkan geseran kaki anda ke bola.
Untuk bola yang lebih tinggi, kaki pendukung anda mestilah berada di belakang badan anda.

4) Pastikan mata anda tepat pada bola. Jangan tengok ke depan apabila menendang. Mata anda perlu melihat kepada bola dan hanya sekejap melihat sasaran. Menumpukan pada bola akan membantu anda meletakkan kaki anda pada sasaran yang tepat.

5) Rembat sekuat hati anda. Apabila anda telah belajar menguasai kedudukan dan badan, ayunan kaki anda kedepan. Selepas anda dapat menguasai kedudukan postur badan, anda boleh melatih kawalan kekuatan tendangan anda.Untuk mendapatkan tendangan yang kuat, gunakan bahagian dalam kaki anda. Jika anda melakukan sepakan voli, gunakan bahagian kaki atas.

Rujukan :Sport Rec

Korang boleh tengok video di Youtube ni https://www.youtube.com/watch?v=e3cdiSWpxC0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.