Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Agak lama tidak menulis berkenaan tumbuhan.. Sampai ada yang tertanya-tanya tentang info berkaitan.. Okaylah disebabkan saya baru je lepas makan mee dengan hiasan timun rasanya elok kalau menulis berkenaan tumbuhan ni. Lagipun saya juga bercita-cita untuk mendapatkan benih timun dari rakan yang mempunyai kawan di Jabatan Pertanian.

Baca lagi..
Sedikit info timun
Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
Banyak khasiatnya kan..Kebiasaanya timun sering dimakan secara mentah atau segar juga dalam masakan..
Ia merupakan tanaman yang menjalarKaedah menanam Dalam Pasu
* Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
* Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
* Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm.
* Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam. Pungutan dibuat dua hari sekali. Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari. Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat..Nampak cam mudah je kan.. Kena cuba gak ni..
Sumber :- Wikipedia
Eshoppe@Fama
Pejabat Pertanian Daerah Manjung
Link :-
Ebook Panduan Menanam TImun
Wah banyaknya benda nak tau nak tanam timun ni.. Dari segi kesesuain tanah, cuaca dan sebagainya. Tapi kalau baca teori tanpa praktikal pun tak guna gak kan.. Insyaallah dalam minggu ni nak cuba tanam gak timun .. Kalau berhasil boleh tunjuk kat blog ni… Pedehal…
RSS Feed
Twitter



April 9th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


aku pernah tanam timun
banyak sangat bulu2nya. hehe
ada gak yang banyak giler bijik dalam dia
Reply
sayur yang semua bangsa boleh makan
tak de timun, nasi ayam dan sate tak akan lengkap
cepat2lah menanam timun
Reply
aku beli kat supermarket, pastu tanam. Aku beli tak baca info. Bila keluar buah kemetot. Rupanya timun jepun hehehe
Reply
spatt
Reply:
April 12th, 2009 at 07:43
timun jepun lagi best kan bro?
Reply
eh aku dah tanam terung
dah nak berbuah pun
nanti aku amik gambar ok. hehe
biji benih yg lain masih lagi belum semai. hehe
Reply
zool
Reply:
April 12th, 2009 at 21:55
Boleh saja… Aku sekarang tengah minta timun..
dapat tanam 2-3 pokok cukuplah.. tak yah beli..
Reply
Tapi kan org tua2 ckp, org lelaki x blh mkn timun bebyk.
Sbb buah sejuk. Nti isteri naik angin…
Reply