Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia letak jawatan

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad mengesahkan perletakan jawatan yang disandangnya.
Beliau menyerahkan surat perletakan jawatan semasa mesyuarat EXCO PKBM di Melaka dengan alasan faktor kesihatan.

“Saya dah berusia. Tugas saya sudah terlaksana bila Azizul (Mohd Azizulhasni Awang) berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik.

“Sudah 16 tahun saya tunggu untuk kemenangan pingat di Sukan Olimpik. Sejak dari Josiah (Ng) lagi di Sukan Olimpik 2004 di Athens.

“Sekarang Azizul dah berjaya cipta sejarah, raih pingat di Olimpik. PKBM kini perlu terus merangka program untuk Sukan Olimpik 2020. Faktor kesihatan membataskan saya untuk terus kendalikan program pembangunan berbasikal trek,” katanya kepada Bernama.

Naim berkata, terpulanglah kepada anggota Majlis PKBM untuk menentukan siapa yang bakal menggalas tanggungjawab mengendali Jawatankuasa Pembangunan Berbasikal Trek selepas ini. – Bernama

Ligakampung.com berharap agar keputusan Datuk Naim itu diterima dengan hati terbuka. Beliau sebenarnya banyak berjasa dalam bidang sukan lumba basikal ini. Dalam tempoh 16 tahun kita dapat menyaksikan lahirnya bintang seperti Josiah Ng, Azizulhasni Awang, Fatehah, Anuar Manan dan ramai lagi.
Walaupun ada kontroversi ketika beliau memegang tampuk kepimpinan namun itu semua asam garam dalam organisasi. Semoga pengganti beliau dapat memberikan nafas baru kepada sukan lumba basikal. Semoga sasaran terbaharu adalah untuk melahirkan barisan pelapis yang boleh membawa nama negara di peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia letak jawatan

  1. Banyak jasa beliau dalam mengangkat martabat sukan Berbasikal di Malaysia…. Diharap bakal pengganti beliau dapat meneruskan usaha yang telah lakukan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)