LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tiket Moto GP 2017 dapat sambutan

Tiket Moto GP 2017 dapat sambutan

Nampaknya peminat motosikal masih berminat untuk melihat aksi pelumba motosikal antarabangsa apabila hanya tiket hillstand sahaja yang berbaki.
Grang Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2017 yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober di Litar Antabangsa Sepang ini mendapat sambutan yang cukup mengalakkan.

Menurut Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razli, tiket untuk K1 Grandstand, , F Grandstand, Premier Roving, VR46 Tribune dan the Marc Marquez Tribune habis dibeli oleh peminat perlumbaan.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata sambutan menggalakkan itu menunjukkkan bahawa edisi tahun ini adalah acara yang paling dinanti-nanti peminat perlumbaan motosikal bukan sahaja di Malaysia, rantau ini.

“Tahun lalu tiket habis dijual tiga minggu sebelum acara berlangsung. Jadi, adalah amat menggembirakan apabila mengetahui peminat MotoGP menempah tiket mereka lebih awal dan tahun ini akan menjadi satu lagi tahun yang amat berjaya serta penuh dengan aksi yang mendebarkan,” katanya.

“Tiket bagi hillstand masih berbaki tidak sampai 100 bagi SIC Racing Team tribune dan lebih separuh daripada tiket bagi C2 hillstand telah habis dijual,” katanya sambil menjelaskan tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang SIC www.sepangcircuit.com, ejen bertauliah dan gerai promosi SIC.

Beliau menasihati peminat supaya membeli tiket yang dijual melalui SIC bagi mengelak sebarang masalah.

– HMetro

Untuk pembelian online sila klik website Rasmi Malaysia GP

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)