Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Gambar Hiasan… Tiada kaitan dengan artikel ini..
Image and Bandwith Source :- Inhabitat.com

Hari ni terbaca satu artikel menarik sisipan Utusan, Mega mengenai perkhidmatan tiket bas secara online. Ye lah jika sebelum ni mungkin lebih mengetahui tentang tiket-tiket kapalterbang yang boleh ditempah melalui online tapi kini terdapat sistem tiket bas yang membolehkan pengguna membeli tiket dengan mudah. Tak perlu beratur atau berasak-asak.Sistem tiket bas sehenti AXCES EZBUS (EZBUS) ini telah dilancarkan pada 22 Julai tahun lalu. Lama rupanya, tapi almaklumlah tak tahu sebab jarang bermusafir menaiki bas ni.. Laman website untuk dilakukan tempahan adalah http://www.ezbus.com.my. Baguslah tu tapi setakat ini saya dapati hanya 10 syarikat bas sahaja yang disenaraikan dalam sistem tersebut. Saya mencuba sistem tersebut pada 17.9.09 ( 7.51 mlm) didapati carian untuk memilih destinasi tiba tidak boleh dipaparkan. Mungkin ada masalah pada sistem tersebut.. Di harap pihak penyedia sistem dapat memperbaiki memandangkan apabila promosi di akhbar dilakukan, ianya akan mendapat banyak respons. Sekiranya ia tidak perbaiki ianya akan memberikan reputasi yang teruk bukan hanya pada penyedia perkhidmatan sebaliknya juga pada akhbar terbabit..

Jadi pada pendapat saya, walaupun telah diuar-uarkan di akhbar namun hasilnya masih tidak ketahuan. Kalau ada sesiapa dari anda yang pernah membeli tiket online melalui web terbabit bolehlah berikan respon ye.. Ingin tahu juga keputusannya.