Tiga atlet angkat berat positif doping

Nampaknya kegembiraan Persatuan Angkat Berat Malaysia selepas mencatat pingat di Sukan Komanwel tercalar. Selepas pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel disahkan positif doping kini tiga lagi atlet angkat berat Malaysia didapati bersalah oleh Persekutuan Angkat berat Antarabangsa (IWF).
Laporan yang disiarkan di laman web rasmi IWF, tiga atlet yang didapati positif dalam sampel A ialah Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhamad Zaidi Mohd Nordin dan Ronny Jesos.

Ujian yang dilakukan secara rambang oleh IWF mendapati ketiga-tiga atlet muda itu disahkan posifit dadah jenis Stanozolol. Ia disahkan oleh Pemangku Setiausaha Persatuan Angkat Berat Malaysia, Abu Hanapah Ismail dalam sidang media petang tadi.”PABM dimaklumkan mereka didapati positif dadah pada 11 Mei lalu. Saya dimaklumkan mereka mahu mencabar sampel B dan ujian akan dijalankan di Cologne, Jerman.

“Keputusan itu akan diketahui dalam tempoh 10 hingga 14 hari daripada tarikh keputusan itu dimaklumkan kepada saya iaitu semalam dan ketika ini, semua atlet ini digantung sementara,” katanya yang memaklumkan ketiga-tiga atlet berkenaan di bawah program pelapis.

Jika didapati bersalah, ketiga-tiga atlet berkenaan berdepan hukuman penggantungan maksimum empat tahun untuk kesalahan kali pertama, selari dengan garis panduan ditetapkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
Pada perkembangan sama, Hanapah memaklumkan selepas ujian sampel B diumumkan, ketiga-tiga atlet berkenaan akan dipanggil untuk pendengaran kes.

“Pada sesi pendengaran kes, saya berharap mereka akan menceritakan secara terperinci bagaimana dadah berkenaan boleh berada dalam badan mereka kerana sekarang ini memang mudah didapati dan boleh dibeli secara atas talian.

“Persatuan juga perlu tahu sama ada mereka mengambil bahan itu secara berterusan atau sebaliknya,” katanya.

Untuk rekod ia adalah kes keempat tahun ini membabitkan atlet angkat berat dengan PABM turut berdepan situasi penggantungan daripada IWF.

Sumber :-Bharian

1 thought on “Tiga atlet angkat berat positif doping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives