Tidak akan ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kali ni entri santai dengan menggunakan perkataan tidak akan sebagai permulaan. Walaupun ianya agak sempoi tapi mungkin ada terkena pada diri kita. Layankan situasi berikut ..

1. ‘ Saya tidak akan berkahwin dengan orang yang merokok. Tak suka bau busuk.. Tak suka ‘. tegas seorang wanita. Tapi Allah telah menetapkan jodohnya dengan seorang lelaki yang kadar pengambilan rokoknya 2 kotak sehari. Nak buat camne dah jodohkan…
2. ‘ Aku tidak akan jadi buncit/gemuk’ lantang seorang remaja yang berbadan sasa. Selang beberapa tahun selepas itu, berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai kehebatan dalam bidang masakan. Lepas tu menjadi seorang pegawai besar di syarikat korporat yang penuh dengan jemputan makan malam sana sini. Tak sampai 5 tahun janjinya untuk tidak menjadi buncit/gemuk telah berubah. Perut yang dulunya laksana Sazali Samad telah bertukar menjadi sebesar tempayan.. Huhuhuhuhu..
3. ‘ Menjadi isteri no 2? Tidak sama sekali. Saya tidak akan sesekali merampas hak wanita lain’ jawapan selebriti bila ditanyakan pasal gossip dengan suami orang. Tapi tak lama lepas tu berkahwin dengan lelaki yang masih mempunyai ikatan perkahwinan dengan wanita lain. Yang lebih sedih tu, kahwin lari pula tu..
4. ‘ Saya takkan menyentuh benda haram tu lagi’ ayat yang keluar dari seorang bekas penagih dadah. Tapi kata-kata hanya tinggal kata-kata bila akhirnya ditangkap semula.
5. ‘ Aku takkan minta tolong dengan korang semua. Adik beradik yang menyusahkan ‘ kata seorang kaya kepada adik-adik yang agak sederhana hidupnya. Tapi Tuhan maha kaya, dunia berputar. Apabila tiba saat susah terpaksa menebalkan muka meminta ihsan adik beradik. Kawan-kawan dah lari entah ke mana. Isteri dan anak-anak dah pergi membawa diri. Nasib baik adik beradik masih menganggap saudara. Kalau tidak ?

6. ‘ Kereta aku berkualiti, import luar negara tak macam kereta kau ‘local’.. Kereta aku selamat takkan jadi apa-apa pun’ . Tapi kereta luar sekarang ni pun banyak tak selamat. Berapa banyak kereta ‘import’ yang terpaksa dipanggil balik sebab ciri keselamatan yang bermasalah. Ferrari yang harga beratus ribu pun boleh terbakar tau.

Okay cukuplah setakat ini. Kadang-kadang kita rasa sombong dan berlagak dengan mengatakan tidak akan, tidak mungkin berlaku tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin apa yang kita tak mahu pada waktu ini akan menjadi pada masa hadapan. Jadi sebelum menggunakan perkataan takkan itu, fikir-fikirkanlah kemungkinan di masa hadapan ye..

p/s :- Entri ni sekadar entri kosong je. Kalau ada terkena tu, minta maaf banyak-banyak ye. Tak perlu ambil pusing sangat ye.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :508
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Tidak akan ..”

  1. NorizwanNo Gravatar says:

    alamak… mungkin aku mempunyai ciri2 di no 2 tu huhu…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hehehe.. biasala tu kan.

    Reply

  2. Bb HussainNo Gravatar says:

    Bb selalu guna..Kalau boleh saya tak akan….

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    saya tak akan per tu? tergantung ayat tu

    Reply

    Bb HussainNo Gravatar Reply:

    hehhe..Bb maksudkan..kalau Bb kata let say no 1..suka mulakan dengan.. Kalau boleh BB tak nak orang yg merokok..;)

    Reply

  3. abgjasNo Gravatar says:

    Hi Zool,
    Tu lah, klu Tuhan nak duga kita, tak sape boleh menghalang kan? So mulut kena hati2..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu lah kdg2 kita ckp ikut sedap mulut je..

    Reply

Leave a Reply