LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tiada wakil Malaysia di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters

Esok berlangsungnya perlawanan akhir Kejohanan Badminton Inonesia Masters 2018. Tiada kejutan dilakukan oleh barisan pemain badminton negara apabila tiada wakil negara dapat beraksi di perlawanan akhir.
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang menjadi wakil negara terkandas di perlawanan separuh akhir sebentar tadi.

Pada aksi di Istora Senaya, Jakarta, pasangan negara itu tumbang kepada pasangan pilihan ketujuh dari China Zheng Siwei/Huang Yaqiong 18-21 dan 14-21.
Gandingan China itu akan menentang pasangan beregu tuan rumah yang juga juara Olimpik 2016, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir pada esok hari.

Selain pasangan beregu campuran, beregu lelaki utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong pula kandas di suku akhir pada Jumaat ke atas pilihan ketiga, Liu Cheng/Zhang Nan dari China dengan keputusan 18-21, 22-20 dan 12-21.
Bagi kategori lain, pemain-pemain negara kandas di peringkat awal. Agak mengecewakan apabila harapan untuk memperbaiki prestasi di Piala Thomas dan kejohanan besar yang lain.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Tiada wakil Malaysia di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)