Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebelum ni saya pernah menulis mengenai entri isu logo hari Kebangsaan dan nampaknya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr.Rais Yatim telah menjelaskan bahawa sambutan pada tahun ini tiada logo rasmi melainkan logo 1Malaysia seperti sambutan tahun lalu. Menurut beliau tahun ini tema Hari Kemerdekaan yang digunakan ialah ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’.
Menurutnya juga paparan yang menjadi isu sebelum ini hanyalah paparan selingan dan bukan logo rasmi.
Sumber :- Utusan
Walaupun kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mungkin menjelaskan mengenai isu logo yang agak memalukan itu namun rasanya ia belum cukup memuaskan hati kebanyakan pihak. Saya sendiri masih tertanya-tanya kenapa tiada logo rasmi sedangkan Hari Kemerdekaan 55 Tahun pastinya membawa makna besar kepada pemerintah sendiri. Kenapa pihak kementerian masih tidak mahu mencipta logo khas untuk Hari Merdeka? Mustahil tiada pakar-pakar logo yang sanggup merekabentuk logo untuk Hari Merdeka.
Malahan saya yakin ada antara mereka yang sanggup merekabentuk tanpa bayaran bagi mengenang hari bersejarah ini. Tak gitu?
Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja sebagai seorang rakyat Malaysia. Mungkin mereka yang terlibat ada alasan tersendiri. Nak komen banyak-banyak tak boleh sangat. Faham-faham je lah kan.
Sekian..




hahah tak patot betul la pemerintah negara kita ni, pikir nak senang jer,lain kali guna otak tu sekali sekala
Reply
ada atau tiadanya logo semestinya tidak mengurangi esensi perayaan kemerdekaan, pun ketika tahun ini Malaysia memasuki angka perayaan ke-55.
kalau di Indonesia memang setiap tahun ada logo, tapi saya melihat logonya setiap tahun mirip saja. tidak mengapa. yang penting maknanya kan?!
selamat hari Merdeka.
Reply
dah jadi bahan lawak dah dibuatnya isu ni..
Reply
lg bagus ada logo…tp kl dh xde xpelh yg plg penting nilai kemerdekaan dlm diri =)
Reply
Kita pakai logo 1Malaysia dah la..hehehe
Reply
zool
Reply:
July 30th, 2012 at 19:40
memang itu yang dipakainya
Reply
apa la ko ni..ada logo ko kutuk takde logo pun ko kutuk..komen je pandai..ni bkn nak majukan negara tapi nk mengondemkan negara!!
Reply
zool
Reply:
August 3rd, 2012 at 20:05
bukan kutuk.. setakat berikan pendapat je..
Reply
Terharu bila tengok Chong Wei mencium bendera Malaysia di bajunya sambil tangan mengisyaratkan “1″ tatkala memenangi semi final mlm td..ini adalah manifestasi betapa cinta, bangga dan usaha bersungguh2 beliau mengharum dan mempertahankan maruah negara..tapi kat sini bendera pun pasang terbalik, huru-hara sana sini..tak pernah nak bersyukur dgn nikmat keamanan yg dikecapi..langsung tak patriotik..sukaa agaknya kalau negaara kita ini kacau-bilau dan akhirnya dijajah semula..(ini pun sekadar pendapat peribadi sahaja)
Reply