LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tiada bonus untuk pemain yang tidak setia – Presiden KAFA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kepulangan presiden persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas menunaikan ibadah haji amat ditunggu-tunggu terutama oleh pemain Kelantan. Ini kerana selepas mencipta kejayaan treble pertama buat musim ini pasti ada imbuhan yang akan diberikan. Namun, ganjaran bonus yang diberikan tidak akan dinikmati oleh pemain yang berhijrah tanpa persetujuan pihaknya.
tan sri annuar musa presiden kafa
upload pictures

Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataannya menyatakan bahawa imbuhan itu hanya akan diberi kepada pemain yang berjasa dan setia dengan pasukan. Menurutnya juga, pemain yang keluar atas pilihan sendiri tidak akan menerima ganjaran melainkan mendapat persetujuan oleh jawatankuasa pasukan. Kenyataan beliau ini mungkin akan memberi kesan kepada pemain yang berhijrah dari Kelantan seperti Nurul Azwan Roya, S Chanturu dan mungkin juga penyerang paling bernilai, Nor Shahrul Idlan Talaha.
Presiden KAFA itu juga menegaskan bahawa bonus adalah hak beliau samada untuk memberikan atau tidak.
Sumber :- SinarHarian

Sudah pasti ada pro dan kontra dalam situasi ini. Mungkin juga Tan Sri Annuar Musa akan berdepan kritikan pada bekas pemain yang telah berjasa. Pada pendapat saya, sepatutnya bekas pemain tetap diberikan ganjaran memandangkan mereka tetap menyumbang kepada kejayaan pasukan pada tahun lepas. Ini kerana bonus adalah berdasarkan prestasi lalu dan mungkin nilai bonus boleh diberi berdasarkan keterlibatan pemain dalam pasukan itu. Apapun seperti kata Tan Sri Annuar Musa, ia terpulang pada budi bicara Presiden itu sendiri.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Tiada bonus untuk pemain yang tidak setia – Presiden KAFA

  1. Pingback: Tiada bonus untuk pemain yang tidak setia – Presiden KAFA | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)