LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

THT juara Piala Tan Sri P Alagendra 2017

Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya mengondol edisi kedua Piala Tan Sri P. Alagendra selepas berjaya dalam perlawanan mendebarkan sebelum menang ketika menentang Maybank sebentar tadi.

Pasukan THT berjaya menang tipis 5-3 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Tun Razak itu. Kemenangan ini memberikan inspirasi bagi pasukan THT yang akan beraksi menentang Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) bagi merebut Piala Perisai di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu pada Jumaat nanti.

THT yang tumpas pada separuh akhir di tangan TNB pada kejohanan tahun lepas membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM70,000 manakala Maybank pula memungut wang sebanyak RM30,000.

THT bermula selaku pasukan pilihan berjaya mendapatkan gol pertama melalui penyerang kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin namun pemain Maybank Hafifihafiz Hanafi menyamakan kedudukan pada minit ke 20.

THT berjaya menjaringkan gol melalui pakar flick dari Korea Selatan, Jang Jonghyun melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 22 dan penalty stroke pada minit ke 26.

Maybank seterusnya memberikan tekanan dan menyamakan kedudukan melalui jaringan penalty stroke Man Hyun Woo pada minit ke 39 dan minit ke 42 oleh Hafifihfiz.

Tengku Ahmad Tajuddin berjaya mendapatkan gol keempat pada minit ke 51 sebelum Jang seterusnya mendapatkan hatrick melalui penalti stroke pada minit ke 58.

Sumber : Malaysian Hockey Confederation

Tahniah kepada pasukan THT yang nampaknya seperti memberi amaran bahawa dominasi mereka bakal berterusan. Namun cabaran dari Maybank menunjukkan mereka mungkin boleh memberikan cabaran pada kejohanan kali ini.

 

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “THT juara Piala Tan Sri P Alagendra 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)