Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

THT Juara Hoki Piala TNB 2017

Selepas gagal menjuarai Liga Hoki TNB 2017, pasukan Terengganu Hockey Team (THT) berjaya membalas dendam ke atas Pasukan KL Hockey Club (KLHC) dengan menjuarai kejohanan Hoki Piala TNB 2017. Dalam perlawanan mendebarkan pada hari Ahad di Stadium Tun Razak sebentar tadi, pasukan THT dan KLHC yang merupakan kuasa besar hoki negara bertarung bermati-matian sehingga juara terpaksa ditentukan melalui penalty shootout.

Pada perlawanan tersebut, pasukan KLHC menjaringkan gol melalui pemain import dari Australia, Anton Poul Fritz Ebeling yang melakukan jaringan solo pada minit ke 9. Pakar pukulan sudut penalti THT yang berasal dari Korea Selatan, Jang Jonghyun membalas melalui jaringan sudut penalti pada minit ke 12. Selang 7 minit, pakar pukulan sudut penalti kebangsaan, Muhamamad Razie Rahim melakukan tolakan berbisa untuk menjarakkan kedudukan 2-1. Sekali lagi Anton menjaringkan gol pada minit ke 25 untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Jang Jonghyun sekali lagi menjadi penjaring melalui pukulan penalti stroke dan pukulan sudut penalti pada minit ke 35 dan 49. Pemain penyerang KLHC, Mohd Syamim menjaringkan gol melalui pukulan penalty stroke pada minit ke 53. Pemain import THT, Nicolas Enrique Della Torre menjadi penyelamat pada minit ke 57 untuk mengikat kedudukan 4-4 pada masa penuh sekaligus membawa ke penentuan penalty shootout.

THT berjaya menyempurnakan kesemua 5 percubaan penalty shootout manakala KLHC gagal pada satu percubaan menjadikan keputusan berpihak kepada THT. Jaringan penalty shootout KLHC dijaringkan oleh Mohd Syamim, Meor, Dedy Aryadi, Kleinschmidt Aaron Craig manakala THT berjaya mendapatkan gol melalui Faizal Saari, Firhan Ashaari, Tengku Ahmad Tajuddin, Mohd Fitri Saari dan Ammad Shakeer Butt. Joel Van Huizen dari KLHC tidak berjaya menyempurnakan pukulan penalty shootout.

Tahniah kepada pasukan THT yang berjaya memenangi perlawanan yang cukup menarik ini. Semoga semangat ini dapat memberi inspirasi kepada anak muda di luar untuk menceburi sukan hoki ini. Tahniah juga THT yang berjaya mengekalkan piala ini selama 4 musim berturut-turut.

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)