Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau sesebelum ni saya pernah bercerita tentang ternak lembu, kambing, itik , landak tapi pelik sebab belum lagi menulis pasal ayam.. Sedangkan ayam yang ada diternak kat rumah ni berbanding haiwan lain.

Dalam petikan suratkhabar hari ni, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar syarikat milik kerajaan (GLC) menerajui industri ternakan ayam negara. Memang cadangan itu sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada harga ayam itu sendiri tapi mungkin akan menyebabkan pengusaha ayam ’sakit’ kerana terpaksa bersaing dengan kerajaan.

Selain itu, apa kata kita cuba menternak ayam di rumah?? Mungkinlah ianya tidak mencukupi untuk kegunaan harian tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada peniaga di pasar..

Ada banyak jenis penternakan ayam iaitu ternakan ayam daging, telur dan kampung. Ops lupa plak, penternakan ayam serama juga tidak terkecuali.. Setiap jenis ayam ini mempunyai pasaran dan peminatnya tersendiri.

Setiap darinya memerlukan reban yang boleh menjadi tempat yang selesa untuk kehidupan ayam-ayam. Makanan juga perlu disediakan. Ayam kampung mudah, tabur je nasi yang tak habis akan berebut-rebut.. Tapi kalau ayam daging atau dalam bahasa kampungnya ‘ayam karan’ memang perlu penjagaan yang lebih.. Walaubagaimanapun saya perhatikan industri ayam ini kureng diceburi oleh remaja kita. Mungkin sebab leceh kot..

Maklumat Lanjut :-
Garis Panduan AMalan Penternak Ayam Daging
Pejabat Veterinar berhampiran..

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (17)