Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum .. Nampaknya baru semalam bercerita pasal berbuka di hotel tanpa disangka hari ini saya dan rakan-rakan di belanja makan di hotel.. Huhuhuhu.. Murah rezeki.
Selepas agak lama tidak bercerita tentang ‘emosi’ hari ini saya ingin mencurah idea mengenainya ‘termenung’. Saya yakin anda semua kadangkala termenung terutamanya bila mengenangkan apa yang anda lakukan sebelum ini.

Termenung kah anda??
Dan juga termenung mengenangkan nasib yang berlaku. ‘Termenung’ tiada salahnya namun jika ianya bercampur dengan penyesalan yang melampau akan membuatkan emosi terganggu. Kekecewaan merupakan antara salah satu faktor seorang insan itu termenung..
Namun perlu diingat ‘termenung’ tidak membawa perkara yang positif. Sebaliknya cari idea dengan melupakan kekecewaan lalu. ‘ Termenung’ tidak membawa kegembiraan sebaliknya akan menurunkan kadar motivasi kita.
Ingatlah bahawa segala yang berlalu akan tetap berlalu dan jangan pandang belakang. Teruskan hidup dengan buku baru dan berusaha dengan apa yang anda minat. Bagi rakan-rakan anda yang sering termenung cuba bantu mereka.
Mungkin mereka tiada tempat untuk mencurahkan apa yang terpendam dalam diri mereka. Jangan biarkan mereka keseorangan kerana ianya boleh mengakibatkan gangguan emosi kepadanya.
Apa pendapat anda? Bilakah anda termenung? Dan apa perkara positif dan negatif dalam ‘menungan’ anda??

11 Responses to “Termenung”

  1. kata orang anak dara x elok termenung di tangga nanti org tersekat2 nak masuk meminang … tapi kalu umah teres plak camner, mana ada tangga … so kat beranda di kira tangga lar eh … sajer jer …

    saya x suka termenung xder faedah tapi suka berangan … sesekali nak gak berada di alam fantasi … release tension jap …

  2. termenung, positifnya dpt muhasabah diri supaya dpt diperbaiki atau ubah.

    aku pun suka berangan, kebykan org yg berjaya bermula dengan berangan eheh

  3. salam zool,nape termenung jauh tue..xdpt tiket nk balik raya ker?heee..maklumlah,skang kan msih lg sibok dgn pemandu tak cukup..kes bas excident yang byk sblum nie la..lgi2 bas blik timur..seb baik balik utara jek..heee..zool blik mne?

  4. Leeza —> betul tu Leeza.. tapi saya plak memang suka berangan walaupun tak suka makan buah ‘berangan’.. He he he..
    megat —> betul tu.. pelukis2 manga cam Akira Toriyama tu kuat berangan sebab tu boleh buat fantasi yang kita tak boleh nak jangkau..
    awqi_zar —> ye lah.. memang tak dapat tiket pun… he he he.. nak carik tiket camne awqi oit.. memang dah tiap2 ari balik kampung…

  5. aku selalu gak termenung.. kadang2 sampai org bercakap ngan aku pun tak perasan..hehehhe… :)

  6. huda —> bahaya tu..

  7. aku suka termenung tapi more berangan la…haha..

    seronok bayangkan apa yg aku akan jadi for my future.

    positif kalo kita positifkan…dan begitulah sebaliknya.

  8. ces,nie kes umah sebelah kmpung je la nie..huhu..

  9. kasyah –> betul tu..
    awqi_zar —> aku masih belum berumah lagi lah awqi…

  10. Menung kat bilik termenung lagi best :)

  11. Waa, buka puasa kat hotel!! Best tuh.

    Jgn termenung lelama, tak elok untuk kesihatan

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>