Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Uploaded with ImageShack.us
Memang dah resam manusia ‘komplen’ atau mengadu sana sini menjadi sesuatu yang biasa jika terdapat perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Sebenarnya komplen tidaklah salah sekiranya ianya jelas dan berkaitan dengan diri. Memang bagus melakukan aduan sekiranya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak menepati kehendak seperti masalah perparitan di taman perumahan, lampu jalan tak berfungsi mahupun TMnet sering mendatangkan masalah kelip kelip. Yang menjadi masalahnya bila komplen tersebut tidak memberi makna sangat. Hanya sekadar menghangatkan suasana. Antaranya ialah :-
1. Beberapa minggu yang lalu tersinggah ke sebuah blog hiburan yang memaparkan gambar Datuk Siti Nurhaliza memakai baju konvokesyen di sebuah IPT tempatan. Di blog tersebut ramai yang menghentam kewajaran Datuk Siti menerima penghargaan itu (rasanya beliau dapat sijil kot). Ramai yang mengherdik sinis terhadap kejayaan penyanyi tersebut memandangkan beliau hanya lepasan SPM sahaja. Kelakar dok ada bila ada komen yang bengang sebab mereka belajar tinggi-tinggi tapi tak dipandang sehebat Datuk Siti. Pada saya, tak perlulah jeles sehingga meng’komplen’ di dalam blog tersebut. Ianya tak membawa makna. Sebaliknya kalau betul tidak puas hati hantarlah surat bertulis kepada IPT tersebut. Tidak perlu nak ‘melaung kat bukit’. Tak membawa ke mana..
2. Komplen kat kawan-kawan dapat markah sedikit dalam penilaian prestasi kerja. Tapi bila dapat kerja lebih sikit dah mula meradang dan komplen sana sini. Datang kerja lambat balik ‘sharp’. Pandanglah cermin kan..
3. Komplen jalanraya berlubang, sampah di taman tak diangkat tapi bila suruh bayar cukai taksiran, cukai tanah liat pula nak bayar. Nak kata tak mampu , kereta bukan main hebat di modified. Kalau ikut kira-kira ubahsuai kereta je mampu bayar cukai taksiran untuk 20 tahun tu..
4. Komplen duit selalu tak cukup tapi sebulan kotak rokoknya gila banyak. Siap boleh buat design kat motosikal..Itu belum kira kad kredit yang bermacam-macam. Pergi joli sana joli sini dengan kad kredit. Mana nak cukup kalau asyik belanja sana sini. Dah takde duit pergi pinjam dengan Along. Kalau Along, abang yang sulung boleh terima lagi tapi kalau dengan Along tak bayar hutang kasi potong apa nak buat. Siapkanlah benda yang akan dipotong..
5. Kecoh dan komplen pasal pelawak, Salih Yaakob berkahwin tiga. Dipertikaikan oleh kaum Hawa yang kadangkala takde kena mengena. Ye lah kalau isteri-isteri beliau berasa bahagia dengannya , kenapa pula yang tiada kaitan nak hentam-hentam.. ( Bagi yang tak mampu jangan pula cuba-cuba nak kahwin lebih dari satu pula ye.. )
6. Ada juga manusia yang kerjanya komplen je Daun pokok jiran 2-3 helai masuk pun sampai hantar aduan kat suratkhabar, tv.. Kan ke elok kalau sesama jiran selesaikan cara baik.
7. Komplen masih takde awek/pakwe. Apa taknya, cari awek/pakwe yang cun/hensem je. Bila yang kureng, tak nak.. Kalau paras rupa tu iras-iras Diana Danielle/ Fahrin Ahmad tu kira oklah juga.. Ini cermin pun tak sudi nak pandang.. hUhuhuh ( er apsal macam terasa pedas je ni.. Ada makan cili ke tadi ni..)
8. Komplen makanan kat kedai makan tak sedap tapi pinggan licin je. Air pun tak tinggal setitik. Lepas tu membebel makan kat HR Steak lagi best. Eleh kalau nak best sangat pergi le makan kat restoran Miss Lolly.. Baru betul sedap..
9. Komplen orang tak tinggalkan komen kat blog . Lepas tu bengang, maki hamun kat blog bila buat blogwalking tapi takde balasan. Rileklah, bukan semua blogger akan buat balasan balik terutama blog yang dah popular cam GadisTerbilang.Bukan mereka berlagak tapi mereka ada komitmen lain di luar alam maya. Jadi jangan komplen kalau blog anda tak dilawati oleh mereka.
Okay cukuplah untuk entri kali ini.. Kalau nak cerita pasal komplen ni memang banyak. Rasanya 1500 patah perkataan pun tak habis. Jadi mari kita sama-sama renungkan adakah kita ni ‘kaki komplen’ ? Jika ya jawapannya, lihatlah samada ‘komplen’ tersebut sesuai dan relevan dengan kehidupan kita. Jika tidak relevan eloklah dielakkan .
Sekian..
p/s :- Jangan komplen tentang entri ni ye..
RSS Feed
Twitter



May 20th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


complain yang membina boleh diterima laa.Tapi kalau complain siap dengan kata2 kasar memang tak boleh diterima laaa
Reply
betul3~
setuju dgn loq!
Reply
ada sesetengah benda perlu di komplen agar ada peningkatan..tapi ada juga yang perlu kita terima redha
Reply
nice blog & en3 dude..keep it up.. visit mine if free..lets share together
Reply
biasalah manusia bro..reti bercakap atau komplen je, tapi habuk pun tarak
Reply
zool
Reply:
May 21st, 2010 at 22:02
betul2… ramai komplen je tapi tak buat tindakan pun.
Reply