Terima Penyata Akaun Pinjaman Kereta dari Hong Leong Bank

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya ketika pulang saya menerima surat. Bukan surat cinta dari awek tapi surat penyata akaun pinjaman kenderaan dari Hong Leong Bank Berhad. Memang saya amat menunggukan penyata akaun ini bagi melihat baki hutang yang perlu dijelaskan. Kalau hutang PTPTN mudah diketahui kerana boleh disemak secara online di laman web PTPTN tetapi untuk melihat baki pinjaman kenderaan bukan mudah. Kena pergi minta di cawangan bank yang dipinjam. Tapi tak tau le kalau boleh semak di online juga.

Mungkin bagi sesetengah orang, mendapat penyata akaun merupakan satu ketakutan tapi bagi saya ia merupakan sesuatu yang dinantikan. Ini bagi saya melihat kembali berapa baki tertunggak dan berapa yang perlu dibayar. Disamping itu boleh juga menyemak sebarang kelewatan yang dilakukan bagi bayaran harta MyVi saya.

Penyata akaun yang diterima bertarikh 30/11/2012 menunjukkan bahawa satu bulan iaitu Disember tidak disertakan dalam penyata. Berikut merupakan penyata akaun pinjaman kereta melalui Hong Leong Bank Berhad
penyata-akaun

Nampaknya pada tahun ini saya telah membayar sebanyak RM6,000.00 dimana setahun dimana secara bulanan saya membayar sebanyak RM500.00 secara konsisten. Hanya terdapat satu bulan saya terlewat yang menyebabkan saya terpaksa membayar denda sebanyak RM 1.08. Baki yang tinggal untuk pinjaman kereta ini adalah sebanyak RM30,761.08. Masih jauh lagi perjalanan pembayaran pinjaman ini. Kalau saya mengikut pembayaran konsisten kemungkinan besar saya mampu menyelesaikan ansuran pinjaman kereta ini dalam tempoh 5 tahun selepas ini. Tapi sebenarnya saya berharap agar mampu menyelesaikan pembayaran pinjaman lebih awal dari itu.

Mungkin ia tidak mustahil kerana saya menjangkakan pembayaran lebih boleh dilakukan selepas selesai bayaran PTPTN. Disamping itu, saya juga mengharapkan projek-projek online dan offline memberi sinar sekaligus membantu memudahkan pembayaran hutang ni.. Ye lah

Bagaimana pula dengan anda? Dah terima ke penyata akaun pinjaman kereta anda? Atau anda beli kereta secara tunai dan tak de dapat penyata camni?

Sekian

p/s :- Lepas ni nak tengok penyata akaun pinjaman perumahan dari Bank Muamalat pula. Berapa agaknya baki .

Pengunjung Entri Ini :2849

6 Responses

  1. TehRNo Gravatar says:

    molek sangat tu, bro
    aku dulu bayar lebih sedikit dari sepatutnya
    jadi cepat la habis
    TehR recently posted…Menunggu Buah GugurMy Profile

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang sedang berusaha membayar lebih tu
    zool recently posted…Keputusan perlawanan bolasepak Piala Sumbangsih 2013My Profile

    Reply

  2. sukmaNo Gravatar says:

    hutang dengan Hong Leong Bank sudah lama habis untuk kereta kancil aku….La nie hutang dengan Ambank lak untuk stream ….banyak sikit bayarannya tapi every month aku bayar lebih untuk genapkan puluhannya jer….
    hutang kena bayar….kalau lambat bayar orang bank asyik call jer…..menyampah lol…..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    wah hebat pakai honda stream…
    saya pakai MyVi je

    Reply

  3. Berita SemasaNo Gravatar says:

    hari tu buat loan 7 tahun je..tp memang bayar lebih setiap bulan..skang tinggal 5 tahun je lagi..dan harap dapat habiskan cepat juga..hutang kete ni malas nak lama-lama.
    Berita Semasa recently posted…Amanat Haji Hadi Awang : Sesat Atau Tidak Menyesatkan?My Profile

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kira handal juga dapat setelkan cepat tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge