LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Terengganu juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

Pasukan Terengganu berjya mengalahkan pasukan jiran 24-5 dalam perlawanan akhir Kejohonan Siri Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019.
Pasukan Terengganu berjaya mendapatkan 24 mata hasil daripada empat ‘try’ dan dua ‘conversion’.
Muhammad Haikal. Haith Iqral serta Muhammad Syafiy mendapatkan try untuk Terengganu manakala Fairuz berjaya menyempurnakan dua conversion.
Kelantan pula hanya memungut lima mata menerusi satu try oleh Muhammad Amir Ibrahim.

Menurut jurulatih Terengganu, Nik Mohd Shahiddan Mohd Zainal, kemenangan itu hasil kerja keras pemain dan strategi yang disusun rapi bagi menghadapi kejohanan berkenaan.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan aksi ditunjukkan barisan pemain kerana mereka bermain 100 peratus,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kategori Terbuka Wanita, Johor berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Perak 17-5 hasil conversion dan satu try.

Terdahulu dalam kategori Lelaki Qualifier iaitu saingan bagi melayakkan penyertaan kelapan pasukan elit musim depan, Sabah mengalahkan Perlis, 14-0.

Bagi aksi Lelaki Bawah 20 tahun, Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 28-7, manakala kategori Wanita Bawah 20 tahun, Labuan mengalahkan Sabah 15-10 untuk muncul juara bagi kategori masing-masing.

Hadiah disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. – BERNAMA

Tahniah kepada pasukan Terengganu yang berjaya memenangi kejohanan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)