LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Terengganu juara Hoki Piala Tun Abdul Razak 2016

Pasukan hoki Terengganu berjaya menjuarai kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak ke 54 selepas menumbangkan PDRM di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad.
Pasukan Terengganu yang diwakili barisan pemain muda yang akan mewakili Terengganu ke SUKMA serta diwakili pemain kebangsaan seperti Faizal Saari, Fitri Saari dan Firhan Ashaari berjaya menumbangkan PDRM dengan keputusan 3-0.

Jaringan Terengganu disempurnakan oleh pemain penyerang sensasi , Faizal Saari pada minit ke 41, 52 manakala Muhd Akhimullah menyumbat gol pada minit ke 57. Faizal Saari yang kembali beraksi selepas tamat tempoh penggantungan enam bulan membuktikan sentuhannya masih berbisa bagi membantu pasukan Terengganu yang juga dikenali sebagai THT untuk menjulang kejuaraan kali ini.

faizal-saari

Penjaga gol PDRM, Zaidi Ibrahim menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.
Pakar sudut penalti PDRM, Mohd Razie Abd Rahim pula menerima anugerah Pemain Terbaik Kejohanan.

Faizal Saari pula mengondol hadiah pemain terbaik perlawanan akhir serta penjaring terbanyak kejohanan.

Selaku juara Terengganu membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM10,000 manakala PDRM berpuas hati dengan RM 7,000. Ini merupakan kemenangan kedua bagi pasukan Terengganu yang kali terakhir menang pada edisi 2012 di Kuantan, Pahang.Tahniah kepada pasukan Terengganu yang berjaya menjuarai kejohanan kali ini.

Pada pendapat Ligakampung.com, pasukan Terengganu sememangnya cukup kuat dalam sukan hoki ini manakala kejutan dilakukan oleh pasukan PDRM membuktikan setiap pasukan mempunyai peluang untuk bersaing dalam kejohanan kali ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)