LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Teong Kim kembali ke Jerman

KUALA LUMPUR – Khidmat Lim Teong Kim dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sebagai Pengarah Teknikal di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) akhirnya berakhir selepas  lima tahun menyumbang bakti kepada pembangunan bola sepak akar umbi Malaysia.

Ia berikutan kontraknya bersama NFDP tamat pada 31 Oktober lalu. Kepulangan bekas pengendali Akademi Bayern Munich enam tahun lalu di arena pembangunan bola sepak negara menjadi perhatian selepas 12 tahun di Jerman.

Teong Kim,56, kembali semula ke Jerman semalam yang menyaksikan rata-rata pemain-pemain AMD yang berada dalam skuad negara Bawah 18 Tahun (B-18) memberi penghargaan di laman sosial masing-masing.

Tahun lalu, kontrak beliau selaku Pengarah AMD dan ketua jurulatih bagi NFDP dinilai semula selepas skuad B-16 negara gagal layak ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Peru.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyifatkan gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan dengan pengecualian cukai perlu dikaji semula. – MalaysiaGazette

Memang amat merugikan apabila khidmat Teong Kim telah ditamatkan. Sekarang ni kita lihat bagaimana legasi beliau dapat diteruskan ataupun gagal dilaksanakan oleh pembimbing selepas ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)