LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Teong Kim kecewa nasib Najmudin angkara jadual Piala Belia

Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim menyuarakan kekecewaan buat penyerang muda, Muhammad Najmudin Akmal Kamal yang terbantut usahanya selepas menjalani pembedahan ACL(Anterior Cruciate Ligament) pada Sabtu lalu.
Menurut beliau, Najmudin yang baharu berusia 16 tahun amat berpotensi untuk pergi lebih jauh setanding penyerang bawah 18 negara, Luqman Hakim yang telah mendapat tawaran di Liga Belgium.

Teong Kim yang kecewa dengan kecederaan ini menyalahkan pengurusan Liga Belia yang memberi kesan kepada pemain muda ini.
“Sayang sekali dengan usia muda 16 tahun, Najmudin terpaksa berdepan dengan pembedahan ACL. Dia adalah seorang pemain berpotensi tinggi.

“Sangat sukar untuk melahirkan penyerang berwibawa tinggi di negara ini, dan apabila berlakunya situasi seperti ini, siapa yang rugi?.

“Inilah yang berlaku dalam bola sepak Malaysia apabila mereka tidak ada kesabaran dalam proses pembangunan seseorang pemain.

“Pemain-pemain muda ini digunakan dengan cara yang tidak betul ketika beraksi dalam Piala Belia,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Teong Kim, Najmudin kini terpaksa berehat dan ibu bapanya juga turut terkesan dengan keadaan pemain itu.

“Saya ada bertemu dengan ibu bapanya dan mereka sangat risau serta sedih dengan masa depan Najmudin.

“Saya sendiri kesal kerana ia berpunca daripada keputusan kurang bijak penyusunan jadual skuad AMD dalam aksi Piala Belia.

“Mereka ini budak-budak lagi dan tenaga mereka tidak sama dengan pasukan Bawah 19 Tahun. Kalau Bawah 16 tahun lawan Bawah 17 tahun, memang tidak sama prestasi mereka.

“Begitu juga kalau Bawah 17 lawan Bawah 21, memanglah ‘lunyai’ budak-budak ini.

“Saya pernah beritahu perkara ini kepada pengarah teknikal FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), pada mulanya dia (Peter de Roo) setuju, tetapi malangnya ia tetap berlaku dan kalau seminggu dua tiga kali mereka berlawan, dan nak menang memanglah ‘jahanam’ pemain-pemain ini,” luah bekas pengendali Akademi Remaja Bayern Munich ini.

Dalam pada itu, Teong Kim menjelaskan berikutan keadaan ini, dia sendiri belum pasti masa depan Najmudin.

“Sekurang-kurangnya dia perlukan enam bulan untuk sembuh. Tetapi ia tidak pasti sama ada Najmudin dapat mengembalikan rentaknya atau tidak.

“FAM sendiri seperti tidak peduli keadaan pemain ini atau keseluruhannya tidak peka dengan apa yang dilalui skuad pembangunan ini.

“Jika ini berterusan, saya pasti pemain-pemain dalam skuad AMD ini akan ‘rosak’ dipertengahan jalan.

“Saya memang kecewa kerana Najmudin merupakan penyerang berbakat besar dan mampu pergi jauh seperti Luqman.

“Cuma nasibnya tidak baik cedera akibat perlawanan ‘ghairah’ sesetengah pihak,” katanya.

Najmudin merupakan pemain skuad Bawah 16 kebangsaan yang turut beraksi dalam Kejuaraan Piala Asia tahun lalu.

Sumber :-MStar

Bagi atlet sukan, ACL memang merupakan mimpi ngeri buat mereka. Ia bukan sahaja sakit malahan mampu untuk menamatkan karier seseorang itu sendiri. Diharap kecederaan ACL yang dihadapi oleh Najmudin tidak serius dan mampu dipulihkan..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)