post

Tenis Malaysia terima jurulatih lagenda yang melahirkan Serena Williams

Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) mempunyai matlamat besar untuk menghasilkan pemain bertaraf bintang di Malaysia melalui perkongsian program latihan ‘Train To Win’ dengan jurulatih lagenda Amerika Syarikat , Nick Bollettieri.
Nick Bolleteri melalui Akademi Tenis Nick Bollettieri pernah menghasilkan bintang ternama seperti Andre Agassi, Serena Williams, Venus Williams dan Maria Sharapova yang bermula di akademi tersebut.

 

Bollettieri juga pernah mendapat anugerah jurulatih paling prolifik dunia pada 2014.Justeru, ini peluang keemasan untuk pemain dan jurulatih negara mempelajari program latihan bagi meningkatkan reputasi tenis Malaysia.

“Sudah tentu semua jurulatih peribadi, persatuan dan MSN (Majlis Sukan Negara) bekerja keras untuk menambah baik (sukan tenis).

“Saya fikir inilah masanya untuk Bollettieri datang membantu kami naik ke satu tahap lebih tinggi bagi mencipta sesuatu untuk negara,” kata Penganjur Program Train To Win, B. Selvam.

Prestasi tenis Malaysia tidak banyak meningkat sejak beberapa tahun lalu, dengan skuad negara hanya meraih satu pingat gangsa dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu, menerusi Jawairiah Noordin-S. Theviy dalam acara beregu wanita.

Lebih mengecewakan, tenis tidak tersenarai dalam program Sukan Komanwel dan Sukan Asia, tahun depan.

“Saya harap MSN boleh pertimbang untuk membantu kami sebab tenis perlu pergi ke luar negara bagi menyertai kejohanan.

“Kalau latihan, kami memerlukan jurulatih berkualiti. Kami harap MSN boleh tolong kami,” kata pemain perseorangan negara, Ahmad Deedat Abdul Razak.

Terdahulu, Deedat menjuarai acara perseorangan Kejohanan Masters Tenis Malaysia selepas menewaskan Syed Agil Syed Naquib 6-2, 6-0 dalam perlawanan akhir di Kompleks Tenis Jalan Duta, hari ini.

Sementara itu, Hannah Yip mengungguli perseorangan wanita selepas mengatasi Thean Li Jian, juga menerusi straight set 6-1, 6-3.

Sumber :-Stadium ASTRO

 

p/s : Apa agaknya cerita Imran Danial Abdul Hazli ye? Ada perkhabaran baik ke tentang perkembangan pemain muda ni?

Please follow and like us:
error0

One thought on “Tenis Malaysia terima jurulatih lagenda yang melahirkan Serena Williams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.