Tembakan di rumahku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebelum cerita pasal tembakan yang berlaku dirumah.. Saya nak ucap terima kasih pada knizam yang men’listing’ kan blog ini sebagai salah satu blog yang dia respect.. Kalau nak kira blog ni tak se’famous’ mana pun.. Malahan kalau ikut ranking pun blog beliau lebih ‘mantop’ traffiknya berbanding saya. Apahal pun tq bro..

Oh .. hari ni ada satu tembakan di rumah ini.. Untuk mempertahankan diri, bapa saya telah mengeluarkan senapang patah lalu menembak menembusi kepala mangsa.. Kucing-kucing yang berdekatan lari berkeliaran mendengar dentuman yang mengegarkan gegendang telinga …

Dan si Zool ditugaskan untuk mengheret mayat tersebut.. Terpaksa membawa dengan berhati-hati tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.. Mayat yang telah hancur kepalanya terus diusung ke sungai dibelakang rumah.. Sambil memandang kiri dan kanan si Zool terus melambungkan mayat tersebut ke sungai yang berarus deras.. ” Harap-harap tiada orang yang jumpa..” Dan akhirnya mayat yang berwarna hitam itu hanyut dibawa aliran sungai..

Mayat siapakah itu? Jangan terkujat plak ye kawan-kawan.. Bukan mayat manusia ek.. Tapi seekor ular hitam yang menyorok di kawasan rumah.. Nasib baik sekawanan kucing dapat mengesan ular tersebut.. Yang menakutkan bunyi ular itu seperti sedang menyembur sesuatu.. Jadi walaupun bukanlah pilihan namun jalan yang dipilih oleh bapa ialah melalui tembakan. Mungkin ada antara anda yang kurang bersetuju dengan tindakan ini, tapi masing-masing ada pilihan sendiri..
Okay ADIOS…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :660
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

16 Responses to “Tembakan di rumahku”

  1. uzairNo Gravatar says:

    phuh..takut aku dengar..bapak ko ada senapang tu..

    Reply

  2. KujieNo Gravatar says:

    wah…ngerinya

    Reply

  3. earnwordNo Gravatar says:

    uih. bapak ko ada lesen menembak ek..

    Reply

  4. haritzNo Gravatar says:

    Wah ader senapang tu. Aku bab senapang ni ngeri skt

    Reply

  5. ybredhaNo Gravatar says:

    Salam Sihat, Kaya, Bahagia,

    pandai gak wat suspen….

    Reply

  6. budeenNo Gravatar says:

    tanya sikit zool, ular apa tu?
    dulu org tua aku bunuh ular tedung pakai kayu buluh..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Ular Hitam.. tak tau spesies apa..
    gambar pun tak ambil sebab takde kamera..
    rugi tul//

    Reply

  7. mazaNo Gravatar says:

    ada chance tak boleh nak mengurat anak eh!..

    silap hari bulan bertaburan peluru di balik bontot diterbil dek senapang itew….hehehhe

    (psst: kawan datang dari blog kujie….http://www.kujie2.com/)

    heheheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Tak berapa paham maksud tersirat yang ingin disampaikan,

    Reply

  8. nikillasNo Gravatar says:

    huish… ulaq besaq ka….???? sampai kena tembak ngan senapang.. kalalu tembak dalam rumah mesti bingit telinga kan.. kalau kat tgh2 padang pun rasa bingit.. ini kan tempat terkurung.. hurmm…

    Reply

  9. KNizamNo Gravatar says:

    x de gambar ke ?
    video ke ?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    x de gambar.. belum ada kamera lagi…

    Reply

  10. samdaddycoolNo Gravatar says:

    … kat mana beli senapang?? aku nak beli 3!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bapa aku ada lesen..
    dia RELA..

    Reply

    samdaddycoolNo Gravatar Reply:

    oic.. aku ingat Jasin macam Columbia., ada jual kat Pekan.. :P (jgn marah, gurau)

    Aku memang teringin nak beli senapang / pistol…

    Reply

  11. [...] Kujie Baca blog Zool mengenai tembakan dilepaskan dirumahnya rasa ngeri [...]

Leave a Reply