Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2014

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2014

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Maulidur-Rasul

Bersempena dengan tarikh kelahiran Nabi Muhamad iaitu pada 12 Rabiulawal, umat Islam di seluruh dunia akan memperingati tarikh tersebut. Pada tahun 1435H kali ini ia jatuh pada 14 Januari 2014 tahun Masihi. Acara yang sering diadakan ialah sambutan Maulidur Rasul bersempena kelahiran pemimpin agung ini. Setiap tahun, sempena sambutan Maulidur Rasul akan diadakan tema.

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435H /2014

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Bersempena dengan sambutan ini, 14 Januari 2014 diisytiharkan cuti umum di Malaysia.

Seperti yang kita maklum, perkataan ‘wasatiyyah’ bermaksud bersikap bersederhana dalam sebarang aspek kehidupan kita. Mungkin melalui konsep yang diterapkan dalam tema majlis sambutan maulidur rasul ini akan mendidik umat Islam supaya sentiasa tidak melampau mahupun mengambil mudah dalam sebarang perkara atau urusan.

Kredit Gambar dan Sumber : BlogFyna

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1435H/ 2014M akan diadakan pada 14 Januari 2014 (Selasa) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul ini, saya akan menyertai perarakan bersama Jabatan pada pagi 14.1.2014 ini. Perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Melaka ini akan bermula di Stadium Hang Tuah (Kubu) dan berakhir di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Diharap saya mampu untuk menjayakan perarakan tersebut dengan semangat yang tinggi serta dapat menghayati maksud sebenar perarakan dan bukan sekadar hanya berselawat sahaja.

Sekian

p/s :- Ada tak pembaca ligakampung.com yang akan menyertai perarakan Maulidur Rasul di tempat masing-masing ? Nanti bolehlah ceritakan sikit pengalaman ye.

Pengunjung Entri Ini :2703

4 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

69,323 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge