Telur cacing tak boleh digoreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Harap-harap semua gembira.. Rasanya hari ni mesti ramai yang buat artikel pasal Barack Obama yang bakal menjadi Presiden Kulit Hitam Amerika pertama. Walaubagaimanapun saya tidak bercadang untuk menulis pasal kejayaan beliau sebab biarlah orang yang lebih arif menulis pasalnya..

Hari ni saya nak cerita pasal perkara yang ada kaitan dengan cacing.. Agak lama tak menulisnya… Dan menulis tentang perkara yang lebih kecil dari cacing iaitu telurnya..

Sebelum ini ada rakan-rakan pembaca yang bertanya bagaimana bentuk telur cacing.. Jadi sempena perpindahan YB cacing ke tempat baru dan terjumpanya telur-telur cacing sehingga 1++ maka saya tunjukkan sedikit sebanyak contohnya.. Lihat gambar di bawah..

Close Up Telur Cacing
Telur cacing di tangan si ZOol ….

Photobucket
Gambar Close Up..

Telur cacing
Ini lagi dekat.. Tapi gambar kureng, lighting tak berapa cantik,,

Photobucket
Ops ini gambar saya menyibuk dengan pokok limau nipis yang makin mengeluarkan limaunya.. Insyaallah akan diceritakan dalam tempoh terdekat..

Seperti yang ditulis di atas telur cacing ni memang tidak boleh digoreng sebab terlalu kecil dan sanggup ke anda goreng?? huhuhuhuhu.. Memang cacing mempunyai kadar yang tinggi dalam proses menghasilkan telur kerana itu ketika proses pemindahannya perlu berhati-hati.. Tapi walau hati-hati pun kadangkala terlepas dan samada telur dihantar ke baja atau terbuang dengan kotoran..

Kalau diikutkan pengalaman, kelemahan mengasing telur mampu merugikan kerana dalam tempoh 3 bulan kadar cacing boleh meningkat sehingga 3 kali ganda.. Kerana itu prosesnya perlu dilakukan berhati-hati.. Kadangkala boleh berpinau biji mata menyelidik telur tersebut di media..

Okay, untuk hari ini cukuplah ye.. Teruskan bersama blog ini untuk info selanjutnya.. Insyaallah

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3404
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Telur cacing tak boleh digoreng”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    ni la 1st time aku nengok telur2 cecacing. hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Nak tengok real punya datang le Simpang Kemendor…

    Reply

  2. sufianNo Gravatar says:

    dengan cacing pun dah boleh buat bisnes sekarang!

    Reply

  3. myadlanNo Gravatar says:

    ala bro. next time close up try pakai macro nye setting la. yang ada gambar bunga kat kamera tu.. baru gambar cun!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Ooo.. tak berapa pandai hal2 ambik gambar ni… tq info baru ni

    Reply

Leave a Reply