Teh Sabah yang best

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mesti ramai yang kenal dengan teh Sabah kan. Terutama yang tinggal di negeri bawah bayu pasti dah terlalu biasa. Sebagai seorang yang tak pernah naik kapalterbang apalagi singgah di Sabah memang teh Sabah agak baru bagi si Zool. Walaupun selalu nampak di kedai tetapi teh cap lain yang menjadi pembelian. Kenapa tetiba cerita pasal teh plak ni? Kalau sesiapa yang rapat dengan beliau pasti mengetahui air minuman yang sering diminta dikedai makan adalah teh o (tapi tak bermakna air lain tak diminta ye.). Jadi sebagai penggemar teh o tak salah kalau hari ni bercerita tentang teh Sabah.

Sebenarnya teh Sabah ni adalah cenderahati dari pasukan Lembaga Perumahan Sabah baru-baru ini. Teh Sabah ini memang mempunyai perbezaan dari teh yang biasa dibeli terutama dari segi bau dan rasanya. Walaupun ada ahli keluarga yang tidak berminat dengan keharuman bau teh tersebut tapi si Zool boleh menerimanya. Sambil tu mari kita lihat sedikit info mengenai teh Sabah yang telah diceduk dari internet.

Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid – Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Sumber :- Wikipedia

Layan gambar-gambar di bawah.

sabahtea2
Teh Sabah yang diterima dari orang Sabah. Walaupun di Malaysia ada dijual tapi ni mesti lagi syok..

sabahteainstruction
Cara-cara membuat teh disertakan dibelakang bungkusan. Ala buat teh bukan susah. Tak payah tengok pun boleh buat.

sabahtea3
Uncang teh dan gula dikumpul dalam cawan. Cawan kaca menambahkan lagi perisa.

tehsabah4
Teh Sabah terakhir dibuat untuk minuman si Zool. Bau wanginya memang menyegarkan. Jom minum.

Memang best teh sabah ni. Tak percaya? Cubalah cari dikedai-kedai berhampiran.

Sekian.

p/s:- Ini bukanlah iklan dan saya tidak mendapat sebarang ganjaran dari pihak pengeluar. Ia hanya sekadar pendapat peribadi sahaja dan info-info lain diambil melalui internet. Ia tidak semesti tepat dan benar. Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web Teh Sabah di http://www.sabahtea.com.my/index/home.html

Pengunjung Entri Ini :3659

7 comments:

  1. tak pernah lagi try nih. selalu minum teh cap harimau je, yang kotak hijau tuh. Teh cap masjid wangi,,tapi pening minumnya tak biasa.

    Reply

    zool Reply:

    teh cap harimau tak penah tgk plak….
    try la teh sabah.. bagus untuk kesihatan..

    Reply

  2. salm zool..
    vic tak suka minum teh,
    tapi mmg memilih teh sabah utk suami..

    Reply

    zool Reply:

    oo bagus la…. tak suka teh minum air pe?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,856 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge