Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Saya yakin ramai dari anda semua yang meminati air teh o limau ( kebiasaannya dengan ais). Saya juga kadangkala melayannya lebih-lebih lagi pokok limau kasturi di kebun telah mula membuak banyaknya. Sebenarnya bukan susah sangat pun nak buat air teh o limau ni, budak darjah 1 pun boleh buat apatah lagi anda semua yang sudah besar panjangkan. Selain limau kasturi anda boleh juga menggunakan limau nipis tapi jangan plak guna limau bali nanti lain le rasanya.. Ha ha ha
Selalunya dalam blog ini, saya mencuri gambar-gambar untuk dipaparkan tapi untuk kali ini saya akan menepek gambar-gambar original dari kamera murah Olympus FE -330 milik si Zool ni.. Dan anda akan melihat proses-proses pembuatan air teh o limau dari si Zool , bekas pembuat air untuk Datuk ………….. Okay teruskan melayan..
Berikut merupakan proses-proses pembuatan teh o limau dengan berkesan.

Mula-mula sekali cari pokok limau samada pokok limau nipis atau kasturi. Jangan cari ‘ghimau ‘ plak nanti kena baham susah nak tolong..

Kalau anda bijak, limau yang stabil untuk dipetik adalah yang sedikit kuning warnanya. Untuk lebih kepastian picit buahnya. Jika terasa lembut, ianya sesuai untuk dipetik …

Dah penat berkebun, cepat jerang air. Tak kisahlah kalau nak pakai cerek elektrik, arang, solar janji ia mampu membunuh kuman utama dalam air tu. Tak delah sakit perut nanti..

Sambil tunggu air tu ‘menggelegak (bahasa kampungku, mendidih bahasa kamus)’ potong la limau tu. Ingat boleh ke campak limau bulat-bulat tu.. Memang tak rasa de..Tak kisahlah samada nak potong dua atau potong 28 (pergh anda memang terer kalau boleh potong 28 wooo..). Yang penting best..

Letak le penapis dan teh di dalamnya.. Kalau anda boleh layan habuk teh tu tak payah tapis.. Tapi lebih elok tapis sebab serbuk teh ni sesuai untuk dijadikan baja kompos tau..

Proses akhir picit 2 biji buah limau tersebut ke dalam air. Manakala yang sebijiknya campakkan saja ke dalam cawan anda.. Ops sebelum terlupa, boleh letak gula sebagai perasanya. Kalau yang mungkin rasa panas boleh tambah ais..
Dah setel pun. Bolehlah anda minum dengan gembira sambil membaca blog ini. Kalau tak de limau boleh datang ke rumah. Insyaallah kalau ada stok si Zool boleh tolong carikan. Tapi janganlah minta berkilo-kilo. Tu kena belilah tuan/puan ye..
Mudah bukan. Kalau ada yang kata susah, korang terjunlah kat Sungai Melaka ye…
p/s :- Gambar si Zool minum tidak dapat ditayangkan kerana beliau berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Sedang berlengeng sambil menaip blog ni..
RSS Feed
Twitter




October 15th, 2009
zool 






Posted in
Tags: 






i love limau ais =)
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 8:38 am
me too..
but can’t drink always.
not good for stomach
Reply
ko nak lagi sedap? Ko ambil asam (asam yang putih), letak dalam air teh limau tu. Kalau nak lagi sedap, ko kopek isi asam tu. letak dalam air teh tu..fuhh. Minum panas-panas, atau minum dengan ais. Memang sedap. Trylah. Mesti ko buat lagi punya..
Tapi dengan syarat. Gula secukup rasa. Benda ni kene manis. Baru sedap.
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 6:23 pm
wah idea baru ni.,…
Reply
Teh O Limao… Memang paling best… ^^
Btw, nanged ya post on innit and also clicked on ya ads here already… ^^
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 6:23 pm
memang best..
Reply
rasa haus plak masuk blog ni
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 6:24 pm
haus.. jom minum…
Reply
klau buang teh tu, buat limau je jadi limau ais..
yang tu aku suka..hehe
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 6:25 pm
boleh je ..
limau panas pun ramai dah minum skg
Reply
fresh dari ladang limau tu.. suka juga minum, tapi jarang2..
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 11:39 pm
fresh.. tapi bukan ladang.. kebun kecil je.. 30 btg pokok je
Reply
KNizam
Reply:
October 17th, 2009 at 10:02 pm
ko tanam sampai 30 pokok?
domestic consumption ke apa ni eh ? ehhe
Reply
aku biasa buat satu jag terus letak dalam freezer, nak minum tuang adjer dalam gelas. tapi limau kena perah last minutes la kan. hehe
Reply