Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Team Malaysia menjuarai Piala DUnia Calisthenics 2016

Sebelum menulis panjang, mungkin ramai yang tak tau apa itu Calisthenics (begitu juga admin).
Calistehenics atau senaman jalanan merupakan satu aktiviti fizikal yang seringkali dijalankan di gimnasium dan di kawasan terbuka seperti di taman rekreasi.
Ia mula dikomersialkan pada Julai 2013.


Contoh sukan Calisthenics

Baru-baru ini Team Malaysia yang dianggotai dua adik beradik Zulhilmi Nadzeri,25 dan Zulfadli Nadzeri,20 serta Shahrul Aizat Jasri,20, Sheikh Amirul Adli Sheikh Gadaffi, 18 dan Engku Mohamad Ikhwan Engku Shamsul 18 berjaya mengondol kejuaraan Piala Dunia Calisthenics 2016 di Bahrain selepas menumpaskan 10 pasukan dari UK, US, Mexico, Sepanyol dan Rusia.

Barisan wakil negara yang menjuarai Kejuaraan Dunia Piala Calisthenics
Barisan wakil negara yang menjuarai Kejuaraan Dunia Piala Calisthenics

Zulhilmi dan adiknya telah menduduki ranking ke 11 dunia pada tahun lepas dan telah menubuhkan Team Malaysia kira-kira tujuh bulan lalu.
Beliau berkata mereka menjalani pelbagai latihan seperti joging, ‘skipping’, ‘planche’, ‘handstand’ dan pelbagai latihan pergerakan di atas palang bagi membina kekuatan otot.

“Kami juga berhubung melalui media sosial untuk membincangkan, merancang dan menyusun pelbagai pergerakan bagi kejohanan ini,” katanya, sambil menambah usaha gigih Team Malaysia itu membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan Sepanyol yang merupakan juara 2015 pada perlawanan akhir pertandingan itu.

Pasukan itu membawa pulang wang tunai USD10,000 dan piala. Selain itu, mereka secara automatik akan mewakili Malaysia dan menyertai kejohanan itu pada tahun depan.

Ini kali pertama Malaysia menghantar wakil menyertai kejohanan yang diadakan pada 2 hingga 3 Dis lepas.
Zulhilmi yang mula menceburi senaman jalanan itu sejak Julai 2013 berkata Team Malaysia akan meneruskan latihan dan membuat persediaan awal bagi kejohanan tahun depan.

“Kami mahu melakukan terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya.
– BERNAMA

Satu sukan baru di Malaysia namun telah menunjukkan potensinya. Mungkin ia boleh dikomersialkan apatah lagi sekarang ni ramai remaja yang gemar ke Gym untuk bersukan. Selain membina otot mungkin juga mereka boleh mengharumkan nama negara dengan cara ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)