LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tarif Elektrik naik tahun hadapan

Nampaknya satu lagi isu kenaikan harga yang akan menyesakkan diri pengguna termasuklah yang menaip serta yang membaca ini. Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili subsidi elektrik dan gas akan disemak semula dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj berkuatkuasa 1 Januari 2014. Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen. Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula kadar tarif akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418.000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah tidak terliat dengan semakan itu.
electricity-bill
Bagi pengguna yang bil elektriknya dibawah RM20, rebat terus diberikan sehingga 31 Disember 2014.
Sumber : Sinarharian

|Cara-cara Jimat Elektrik |

Berdasarkan kenyataan, mungkin penggunaan biasa mungkin tidak terasa dengan kenaikan tarif ini. Walaubagaimanapun kita sebagai pengguna elektrik perlulah sentiasa bijak dalam menggunakan elektrik tak kira samada di rumah mahupun untuk kegunaan pejabat. Pastinya kita tidak mahu yang bil elektrik kita melambung tinggi sehingga membebankan diri sekaligus memberi kesan terhadap bajet kewangan seharian. Tetapi untuk melakukan penjimatan bukan sekadar hanya dengan mengawal penggunaan sahaja, peralatan elektrik di rumah juga memberi kesan. Kita perlu tahu cara peralatan elektrik di rumah berfungsi dan dari situ kita akan dapat mengawal penggunaan serta mampu menggunakan elektrik secara optimum.
Jadi apakah cara untuk kita mengurangkan beban membayar bil elektrik ? Mungkinkah kita patut :-

1. Membuang televisyen dari rumah. Bila takde tv maka sudah pasti kurang menggunakan elektrik.
2. Membuang peti sejuk rumah. Peti sejuk merupakan antara peralatan yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi. Bila tiada peti sejuk pasti bil akan berkurangan.
3. Mencabut air-cond di rumah dan hanya guna kipas angin. Dan kalau nak jimat guna kipas manual yang digunakan oleh tokei sate.
4. Menggantikan seterika elektrik dengan seterika antik yang guna arang. Seterika antara peralatan yang gunakan kadar elektrik yang tinggi.
5. Jual semula mesin basuh anda dan gunakan kaedah lama iaitu memberus guna berus dawai. Nak lagi jimat pergi ke sungai atau parit berhampiran rumah ala-ala orang dulu kala..
6. Guna solar atau kincir angin untuk menghasilkan tenaga elektrik. Dapat percuma je sumber tenaga tu.

Adakah ini caranya?? Mungkin ada benarnya kaedah diatas tapi ia bukan cara yang bijak. Untuk mengetahui cara jimat elektrik yang lebih bijak, sila klik banner di bawah ni.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Tarif Elektrik naik tahun hadapan

  1. wah jika di malaysia tarif elektrik naik kemungkinan indonesia pun naik,,, mesti siap-siap ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)