Tangki gas meletup di stesen Petronas

Archived in the category: kehidupan
Posted by zool on 08 Nov 08 - 12 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sepatutnya hari ini saya ingin menulis mengenai ‘ilmu di kursus keselamatan ICT’ tetapi semalam ( Jumaat 7.11.08) ketika pergi ke gelanggang futsall di Batu Berendam ada satu kemalangan.. Ianya mengenai sebuah van yang meletup ketika mengisi NGV stesen minyak Petronas bersebelahan gelanggang futsal terbabit.

Sebenarnya saya tiba tatkala ianya telah berlaku dan mangsa semua telah tiada.. Malahan pihak bomba pun baru je beredar.. Melihat keadaan van (jenis Toyota Lite Ace) tersebut memang dijangkakan berlakunya cedera parah.. Dan terdapat seorang dari mereka yang telah meninggal dunia.. Innalilah..

Memang amat mengerikan, nasib baik ianya tidak melarat.. Kalau melarat kemungkinan besar saya tidak bermain futsal di situ pada hari tersebut..

Melalui berita-berita didapati bahawa tangki gas van tersebut merupakan sebuah tangki gas memasak LPG biasa yang diubahsuai untuk mengisi gas NGV. Itulah dia kekreatifan yang tidak bertempat.. Memang merbahaya kalau kita memandai-mandai.. Kemungkinan besar insurans kereta tidak akan ‘cover’ disebabkan kelalaian sendiri. Y

Berikut merupakan berita berkaitan peristiwa tersebut :-
Perniaga terbunuh tangki gas van meletup – Malaysiakini
Seorang Peniaga Terbunuh Setelah Vannya Meletup Ketika Diisi Gas – Bernama


Gambar dari Utusan

Gambar dari TheStar

Jadi nasihat saya, jika ingin berjimat sekalipun biarlah mengambilkira masa depan kita. Kalau dah terjadi tiada gunanya..

Blog Widget by LinkWithin

12 comments for “Tangki gas meletup di stesen Petronas”

1

nak jimat tapi tak selamat…. not worth it betul…

[Reply]

November 8th, 2008 at 5:28 pm
2

itulah pandai tak bertempat.. bukan kejadian pertama sebelum ni sebuah kereta meletup kat stesyem minyak juga.. orang tua tua kata beringat sebelum kena berjimat sebelum habis..

[Reply]

November 9th, 2008 at 12:56 am
3

org malaysia mmg kreatif..
ala ala mac guyver gitu..

[Reply]

November 9th, 2008 at 4:05 am
4

cuba tgk dari the star. gmbr tue tangki hijau. petronas. mane x meletok. tekanan len2.

[Reply]

November 9th, 2008 at 1:20 pm
5

shax –> ntah le.. kesian ada yang meninggal..
zino –> tu le kan dah masalah.. jangan le mencuba2 benda2 bahaya camni..
budak kampung –> kreatif mesti bertempat.. dah jadi camni.. sapa susah.. tokei petronas pun susah ati..
sweet thinker –> jap lagi tengok.. ari kejadian ingat nak jengok2 tapi tak leh masuk.. polis ada kat dalam.. takkan nak menyebuk kan..

[Reply]

November 9th, 2008 at 3:24 pm
6
AASSHH

Begitulah jadinya sekiranya kita masih meletakkan keselamatan di tangga kedua…

[Reply]

November 9th, 2008 at 3:57 pm
7

ish ish ish… ni la akibatnya kalau kreatif tak bertempat….

[Reply]

November 9th, 2008 at 4:18 pm
8

Kesian, x pasal-pasal meninggal dunia. By the way Zool, aku x jadi ke Melaka. Tukar ke PD. Kalau ke Melaka, kena melawat byk tempat tapi aku nak pergi bercuti, nak lepas-lepak dan berehat-rehat. so aku pilih tepi pantai :)

[Reply]

November 9th, 2008 at 5:23 pm
9

camana leh jadi camni. aii..

[Reply]

November 9th, 2008 at 9:23 pm
10

kreatif betul orang kita ni.. nk jimat sangat.. nyawa yg melayang

[Reply]

November 10th, 2008 at 2:43 pm
11

pergh menakutkan..
lepas baca blog ligakampung bolehlah pergi ke http://vermicultureternakcacing.blogspot.com

[Reply]

November 10th, 2008 at 11:42 pm
12

Gua rasa la… pakai tank NGV ori pon boleh meletup kalau benda nak jadi… nak buat camana…

nasib baik la gua pakai keter biasa jer… petrol.. tak tukar lagi NGV.. sebab perlukan space untuk isi barang kat blakang tue…

[Reply]

November 11th, 2008 at 7:06 am


Baca artikel ini melalui emel dan anda tidak terlepas entri menarik..

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



TIngalkan komen mantop..

Personal Coaching di Melaka Menjana Pendapatan Melalui Blog









Perhatian !! Blog ini adalah perkongsian pendapat .. Sebarang info tidaklah tepat seratus peratus. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekira terdapat kerosakan ketika anda membaca dan mengikuti blog ini..

Blog Kita All Malaysian Bloggers Project

web stats


Zool Ligakampung's Facebook Profile
Powered by Free Wordpress Themes. Web hosting