Tanda-tanda Stress

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum…
Hm.. nampaknya mula lagi hari kerja.. Semoga stress dapat dikawal dengan lebih baik setelah kursus 3 hari bagi menangani stress berjaya ditamatkan dengan jayanya.. Huhuhu..

Okay seperti dijanjikan sebelum ini saya akan menyambung tentang ilmu yang didapati dalam kursus tersebut .. Pertama sekali ingin saya bertanya apakah perbezaan antara ‘stress’ dan ‘tension’??
Mungkin ada yang terkial-kial mencari kamus bagi mencari perbezaan tersebut.. Memang soalan itu telah ditanya oleh salah seorang penceramah dari Hospital Melaka.. Sudah pastilah peserta-peserta tak dapat memberikan jawapan yang betul..
Almaklumlah kesemua tidak pernah mempelajari tentang pscyhoteraphist.. Okay camne dah dapat jawapannya ke??? Huhuhuhu.. Jawapannya tidaklah sesusah mana sebenarnya. Tension adalah ‘satu tekanan yang dialami untuk jangkawaktu yang pendek’ manakala stress pula adalah ‘tekanan berpanjangan yang dialami’.
So sedikit sebanyak terjawab apa itu tension dan stress…Okay teruskan membaca artikel ini..

Jika sebelum ini punca-punca stress telah dinyatakan kini kita lihat pula samada tanda-tanda stress ada dalam diri kita.. Tanda-tandanya ialah :-
1. Mudah Marah –> memang apabila terlalu banyak tekanan ianya akan meningkatkan kadar metabolisme dan seterusnya menyebabkan kepanasan dalam diri.. Dan apabila meletup , kemarahan akan muncul dan syaitan-syaitan pastinya bergembira dengan reaksi tersebut..
2. Mudah Kecewa –> memang stress akan menyebabkan seseorang individu akan mulai kecewa .. Kadar kekecewaan boleh dilihat dalam diri seseorang.. Kemurungan amat merbahaya jika stress ini tidak dikawal..
3. Moody –> Hm.. camne nak terangkan… Maksudnya keadaan perasaan yang tetiba je berubah..
4. Gangguan Proses Pemikiran —> Ini banyak berlaku kat saya.. Kadang kala stress boleh menganggu proses pemikiran dan membuatkan mudah lupa.. Sel-sel lama akan terpadam dan insan-insan ini perlu dibantu.. Alamak.. Siapa nak bantu saya nie?? Tolong!!
5. Kurang Kreatif –> bagi seseorang yang mempunyai pemikiran kreatif secara tiba-tiba hilang segala kekreatifan. Individu yang mengalami tanda ini mungkin sukar untuk melakukan keputusan kerana tidak dapat ‘signal’ dari otak untuk menyelesaikan masalah.. Cam ada je..
6. Sakit mulut –> Hm.. dah lupa apa yang diterangkan oleh penceramah tentang tanda ni.. Mungkin stress menyebabkan mulut individu tersebut mengalami gangguan kot.. Mungkin sukar nak bercakap seperti jadi gagap secara tiba2 atau sebagainya.. Mungkin anda ada idea sendiri.
7. Masalah Penghadaman –> Pelik bukan tapi memang itu selalu berlaku terutamanya ketika ‘temuduga’. Kadang-kadang asyik ke tandas tapi tiada apa-apa yang dikeluarkan.. Saya rasa ramai yang pernah mengalaminya..
8. Rambut Gugur –> Masalah ini banyak berlaku terutamanya kepada cendiakawan.. Kadang kala rambut mereka gugur sebelum umur yang sepatutnya.. Mungkin stress ada tindakbalas kimia yang menyebabkan berlakunya keguguran rambut ni
9. Sakit kulit –> Nak tau camne sakit kulit akibat dari stress?? Cuba pandang muka anda.. dan jika ada jerawat batu ( seperti saya) sudah pastinya anda telah atau sedang mengalami stress.. Sebab itu kadangkala pasangan bercinta yang mengalami konflik timbul jerawat2 batu kat muka.. Betul tak?? Ntah. Lu pikir sendiri..
10.Alat kelamin kurang berfungsi –> er.. yang ni rasanya ‘no komen’. Mungkin yang dah berkahwin boleh pikirkan sendiri..
11.Susah nak tidur –> Yang ini biasa gak berlaku pada saya.. Susah nak tidur bila memikirkan sesuatu masalah yang menimbulkan stress.. Perlu diambil perhatian kerana mampu menyebabkan masalah lain..

Itulah tanda-tanda utama yang diberikan oleh penceramah dalam kursus tersebut.. Mungkin ada banyak lagi tanda-tanda stress yang mungkin anda alaminya.. Sebelum berundur ii ada satu lagi kenyataan dalam slaid tersebut..

” Apabila Stress kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol, ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah serta kandungan gula ”
( Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya)

Hm ..Lupakan apa itu adrenalin dan kortisol sebab saya sendiri tak paham apa benda tu.. Tapi lihatlah betapa stress akan mempercepatkan kadar denyutan jantung serta tekanan darah dan gula.. Ianya sudah semestinya tidak baik untuk kesihatan dan akan mengundang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis.. Jadi kita mesti bijak untuk meluahkan stress tersebut kerana ‘kalau menyimpannya ia umpama menganiayai diri sendiri’.
Semoga saya memperbaiki kelemahan diri dalam pengurusan stress…

Pengunjung Entri Ini :11672

18 comments:

  1. huhu.. macam banyak pulak tanda tanda yang awak senaraikan ni ada kat aku. Ini kira top 11 kekrtikalan stress ker bro?

    Aku ni hidup dalam stress ker? Macam ok jer hidup aku.

    Reply

  2. salam…
    ehh..rasanya ni kali k -2 akak dtg sini.Minggu lepas ada bagi komen pasai kaki awak yg tercedera.bila d jenguk balik, komen tu dah x de…errr…nape yeakkk..:(

    mmg bagus…
    information berkenaan perbzaaan stree & tension.
    Kesimpulannya jika ia x dpt d kawal, suasana ketegangan akan smakin berlarutan.TU yg ada org sakit darah tinggi & segalanya..tui tak prof;)

    Reply

  3. mazudi –> ini tanda-tanda utama.. Kalau ada tanda tu bersedialah.. lakukan sesuatu yang berguna..
    k.ila –> ye ke kak?? mungkin tak submit kot.. ntahlah ada gak member cakap komen tak keluar.. nanti saya carik kenapa..

    Reply

  4. Hai!Pada pendapat saya,stress & tension adalah
    satu bentuk emosi yang biasanya akan dialami
    oleh setiap dari kita termasuklah saya.

    Ia ada kaitannya dengan gaya hidup kita pada
    masa kini yang serba pantas dan mencabar.Kadang -kadang tu rasa macam x cukup
    masa je.Padahal ada 24 jam.Terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana menangani stress/tension yang berlaku kepada mereka.

    Reply

  5. saya x tau la sama ada saya stress.Keng kadang tu saya lepaskan kat adik saya.Kerana macam ada sesuatu je yg x kena.So,saya tumbuk adik saya.Huhu…kesian dia.Menagis…

    Reply

  6. Zam –> betul tu.. dunia makin mencabar dan tekanan juga meningkat..
    fatin –> tak baik woo,..
    Kesian adik tu

    Reply

  7. aku skrg ni dah hampir 2 bulan setengah menghadapi stress. aku tau puncanya. ia adalah kerana aku engkar dgn perintah allah. aku telah melakukan 4 perkara dosa besar dlm hidup aku. dosa 1) berjudi 2) makan riba 3) syirik 4) maksiat. itu belum masuk dosa2 kecil. masyallah!!! aku benar2 tertekan dgn dosa2 aku skrg ni. aku diberi hidayah oleh allah dgn sedikit aje petunjuk.. tapi biarlah ianya menjadi rahsia aku. skrg ni aku sedang berjuang dgn masalah stress aku ni. banyak kesan sampingan yg aku alami skrg ni akibat dari stress.. antaranya: pada peringkat awal aku merasakan tak sedap badan, seperti rasa nak demam, tapi sebenarnya tak demam, terganggu waktu tidur, tekanan darah aku naik mendadak, seram sejuk, sakit2 bahagian belakang badan, terasa lemah, perut rasa tak sedap. semua simptom2 ini merisaukan aku. aku pergi buat full medical check up. tapi doktor mengesahkan tiada apa2 berlaku pada aku. bila aku fikir2 blk, ini semua adalah masalah stress serta jiwa yg terganggu. semua yg berlaku mengingatkan aku bahawa apa dosa2 besar yg aku lakukan selama ini adalah nikmat dunia yg bersifat sementara. aku khayal serta kufur nikmat yg tuhan berikan pda aku selama ni. aku mempunyai isteri yg baik dan anak2 yg comel serta sihat, keluarga aku pun bahagia. tapi aku tak menghargainya.. rezeki yg sederhana yg allah berikan pada aku selama ni pun aku tak bersyukur. apa yg menimpa aku skrg ini benar2 membuka pintu hati aku akan nikmat yg allah berikan pada aku selama ni. aku blk ke jalan allah, alhamdulillah, keadaan aku sikit demi sedikit beransur pulih. dan aku berazam tak akan patah blk kejalan lama aku. cuma kadang2 ada masanya bila dosa2 lama aku menghantui blk. stress aku datang. tapi aku cuba juga utk melawan, dan aku anggap itu adalah gangguan dari syaitan2 & iblis2 yg ingin merosakan akidah dan hati aku. semakin kuat aku cuba menghampiri allah, masa itulah juga stress itu menghantui aku. aku berharap allah ampunkan segala dosa2 aku dan masih ada peluang utk aku hidup bahagia dimuka bumi allah ini. pesanan aku kepada yg menghadapi stress ini, bagi aku, tiada ubat khas utk stress ini. penawarnya hanyalah dgn mengingati dan meNTAUHIDKAN DIRI PADA ALLAH SWT. dgn cara ini, hati akan sentiasa tenang.

    Reply

  8. lia skrg stress sngt2…tiap2 malam lia nangs,kdg2 lia smoke…lia tension sngt2…apa patut lia buat???

    Reply

  9. Aku stress dgn keadaan diri aku skg.. Aku gagal dlm kerjaya aku.. Tuhan sudah beri sederhana rezeki tp aku tidak syukur.. Ini akibat aku stress trus bhnti kerja btpa bodoh bila aku sdar.. Aku nak kembali aku malu bodoh ni syaitan kerja syaitan.. Cam nak bunuh je.. Aku xtau lah nak buat pe lg.. Tolong lah aku prlu semangat… Tido pun xlena.. Aku bnci.. Mkn xlalu.. Mndi xbsah… Tiap mlm aku dpt pnykit misteri sakit kepala, bgun tido aku pening.. Rmbut aku gugur. Aku jd murung, kurung diri dlm blik.. Tiada kawan.. Aku sorang je.. Aku tak tahu nk lpas pd siapa dah..!

    Reply

    zool Reply:

    kalau nak ikutkan memang ramai org yang stress,,
    terutama bila kegagalan menyelubungi diri..
    cuba sayangi diri.. hidup tak lama.. cuba tengok ketabahan makcik-makcik yang membela anak-anak cacat… cuba renung kekuatan ibu tunggal yang ditinggalkan isteri.. cuba pandang kembali.. adakah kita lebih teruk dari mereka??
    kawan perlu dicari.. kalau tiada dalam realiti cuba berkawan dlm intenet… Insyaallah..
    Secara jujurnya saya sendiri tidak ramai kawan di alam realiti lebih banyak kawan di alam cyber ni..

    kuatkan semangat anda..

    Reply

  10. stress.. hanya itu ungkapan yang mampu aku lafazkan ketika ini. aku dah cuba pelbagai alternatif untuk melawan semua ni. apa yang paling mengecewakan aku adalah ketika aku menghadap wajahku di hadapan cermin, aku merasa benci.. benci melihat aku sendiri. kebencian,kebingungan dan aku kerap bersendirian. seperti yang aku katakan, aku dah mencuba pelbagai cara.. dan hasilnya aku gagal. aku cuba mengelak dari berkata yang aku adalah pesakit stress atau aku mungkin mengalami symptom symptom sakit jiwa. jika kalian ada terbaca tentang ini, aku begitu mengharap belas insan kalian dalam memberi pendapat kepadaku. adakah harus aku berjumpa pakar sakit jiwa atau aku tidaklah seteruk itu. aku tidak mempunyai teman di dalam alam nyata.. jadi aku begitu mengharap pandangan kalian. sokonglah aku jika benar aku harus bertemu pakar sakit jiwa.. kepada MR.ZOOL.. saya mempunyai kesemua simptom simptom yang encik nyatakan di atas. hanya secebis pandangan yang saya harapkan.. saya sedia menunggu. Bantu lah saya…. Terima kasih kepada kalian.

    Reply

    zool Reply:

    pendapat saya jika anda terasa terlalu teruk cubalah berjumpa pakar.. mereka mempunyai cara untuk membantu…
    perkara yang paling penting.. sibuk-sibukkan diri anda..
    tension2 layan internet.. join laman sosial yang membantu…

    kalau terlalu tertekan bawa solat.. selalu ke masjid walaupun mungkin ianya sesuatu perkara yang baru.. Hidup hanya sekali.. Anda tidak akan boleh menggantikannya jika berlaku kesilapan besar..

    Percaya pada diri anda yang anda seorang juara.. Juara antara berjuta-juta sperma yang ingin menguasai kawasan di dalam rahim ibu anda..

    AMIN..

    Reply

  11. To Mr.Zool… Terima kasih encik. mungkin cadangan2 encik sudahpun saya dengar sebelum ini. tetapi kali ini mungkin juga akan saya pratikkan sendiri. Saya tidak akan berani mengatakan bahawa saya akan terus melakukannya.. Tetapi saya sedar tiada apa yang boleh membantu saya jika tiada bantuan dari jiwa dan rohaniah saya sendiri. Berita baiknya tentang diri saya ialah saya tidak mahu bertemu pakar. Tiba masanya mungkin, untuk saya mencabar diri saya. Jika itu satu2nya cara untuk menyelamatkan semua ini, maka saya tidak akan gentar. Ribuan terima kasih buat encik sekali lagi.. Saya akan terus melayari blog encik sebagai tanda penghargaan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT ANAK ANAK ADAM…

    Reply

  12. To Mr.Zool… Terima kasih encik. mungkin cadangan2 encik sudahpun saya dengar sebelum ini. tetapi kali ini mungkin juga akan saya pratikkan sendiri. Saya tidak akan berani mengatakan bahawa saya akan terus melakukannya.. Tetapi saya sedar tiada apa yang boleh membantu saya jika tiada bantuan dari jiwa dan rohaniah saya sendiri. Berita baiknya tentang diri saya ialah saya tidak mahu bertemu pakar. Tiba masanya mungkin, untuk saya mencabar diri saya. Jika itu satu2nya cara untuk menyelamatkan semua ini, maka saya tidak akan gentar. Ribuan terima kasih buat encik sekali lagi.. Saya akan terus melayari blog encik sebagai tanda penghargaan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT ANAK ANAK ADAM…

    Reply

    zool Reply:

    SELAMAT HARI RAYA JUGA..

    Orang lain tidak mampu mengubah diri kita hanya kita sendiri mampu mengubahnya..

    Reply

  13. salam ? uuhhmm . eka sllu png pale . then gy jmpe doc . doc ckp . eka stress nan kjew . tpy eka ase eka ta stress papew un . lgsg ta pk papew . tpy y u ckp arn at ats uw . sume adew kne m’gena nan eka . eka un ta thu npew nan eka skunk . leyh terg arn ta ? thx . ! !

    Reply

  14. Memang betul kenyataan kat atas, pagi tadi baru dengar radio sinar.fm – Dr Fadzilah Kamsah cakap sebijik ape yang dikeluarkan kenyataan di atas…

    Tapi memang pun, sejak 2 menjak nie, asyik sakit kepala ala-ala migrain. Pastu rambut gugur2 n kurang selera makan… Stress melampau agaknya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,960 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge