Tanaman Serai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semoga sihat-sihat sahaja walaupun dalam keadaan cuaca yang agak tidak menentu ni.

Berjumpa kita dalam topik ‘pertanian’. Dari Ligakampung untuk anda semua.. Chewah, cam rancangan tv lah plak. Okay minggu ni nampaknya bapa saya dan rakannya telah mengusahakan satu lagi tanaman iaitu ‘serai’…

Saya yakin ramai dari kita yang mengetahui bentuk fizikal serai ni.. Kalau tak tau tengoklah gambar nya..

Serai Makan

Serai tanam
Amacam?? Dah kenal?? Jom kita tinjau sedikit info mengenai serai ..

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean. Kebiasaannya seraiditanam dibelakang2 rumah dan di gunakan apabila surirumah merancang untuk memasak masakan terutamannya Tomyam ataupun Rendang. Selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan sabun

Cara Penanaman
Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam. Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.

Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh. Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan rumpai, ‘bush cutter’ boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia. Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.

Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan ‘scoop’. Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting ‘secateurs’. Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih
Sumber :- Pejabat Pertanian Daerah Manjung

Sebenarnya ada banyak jenis serai tetapi yang sering ditanam di Malaysia ialah Serai Wangi, Serai Paha Ayam dan Serai Hijau.. Yang bapa saya tanam tak silap serai wangi..

Rasanya cukup setakat ini.. Mungkin info yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..

p/s :- Tiada gambar kebun memandangkan ada sedikit masalah teknikal.. Kalau berkesempatan saya akan bercerita tentang perkembangan projek beliau.. Harap-harap sukses …

Update 28.11.08 – Gambar projek yang diambil oleh BDFabregas
Photobucket
Photobucket

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :15619
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

219 Responses to “Tanaman Serai”

  1. agrofuture enterpriseNo Gravatar says:

    salam..

    kami merupakan salah sebuah syarikat yang mengusahakan tanaman serai. sekarang kami mempunyai bekalan serai gajah, peha ayam & serai kampung sebanyak 100 tan..lokasi kebun adalah di masai dan bukit batu johor.

    kepada sesiapa yang mencari bekalan benih serai, anda bolehla menghubugi kami untuk keterangan lanjut. harga boleh dirunding. penghantaran percuma sekitar johor.

    +6012 7924215 (azhar)
    +6012 9038642 (shaiful)

    Reply

    ZBHD TradingNo Gravatar Reply:

    Saya memerlukan bekalan serai gajah yang berterusan sebanyak 1-2 tan sehari ke JB. Sila hubungi saya En. Zul 019-7161633 atau 012-7251816

    Reply

  2. are_riNo Gravatar says:

    aku tanam serai peha aym,dalam seekar untuk pmulaan…alhmdllh sume sihat2.hehe…

    Reply

  3. serai kedahNo Gravatar says:

    Dah ramai terkena dengan kontrak farming.
    Jangan percaya janji manis nak buat kilang.
    Depa tipu belaka bisness sebenar jual benih.
    Macam Moja, Lebau Daun dan Pak Din serai Tanah rancangan api-api.
    Masa cari mangsa janji manis nak buat kilang sampai sekarang tak ada kilang proses serai. Kata beli mesin juta-juta. Pada penanam serai jangan pecaya depa ni.Penipuuuuuuuuuu belaka.

    Reply

    hilmiNo Gravatar Reply:

    salam,

    jgn cakap macam tu..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga.kami mempunyai bukti bayaran sewa 5 lot bangunan IKS dengan KEDA yang dibuat utk setahun dan kami juga boleh menunjukkan bon dari bank bernilai rm1juta++ utk kami membeli kilang.buat masa ni,kami terpaksa menyewa dahulu kerana kilang yang dibeli masih menunggu CF.

    pihak kilang jugak x pernah paksa saya utk menggunakan benih diorang supaya dijual kepada pihak pengusaha baru.kami digalakkan mencari sendiri benih dan kami diminta oleh pihak kilang utk membantu pengusaha-pengusaha yg telah ditipu oleh syarikat lain dengan membeli hasil mereka utk dibuat benih.

    kami jugak x pernah menyuruh anda membeli benih dari kami pun.sekiranya anda sudah tanam anda x perlu membeli benih dari kami.cuma bayar utk duit mengikat kontrak je.

    jadi harap jangan samakan pihak kami dgn nama2 yang anda sebut diatas.saya bercakap sbb kami ada bukti.insyaAllah

    hilmi
    019-4739239/017-4050201

    Reply

    ainapiNo Gravatar Reply:

    salam en. hilmi…. saya ada lbh 10 hektar serai perlu d jual… tapi sekarang serai dah jem krana terlampu banyak… jadi saya tak tau nak jual kat mana… bleh bantu saya…. 017-2897728 msg je.. nant saya kol back… t,q

    Reply

    dzul.daun pandanNo Gravatar Reply:

    TUAN, BLOG NI BUKAN NAK KOMEN YG MCM NI, KUTUK SANA, KUTUK SINI. YANG HANG DAH TAU DEPA PENIPU BUAT APA HANGPA DOK GI IKUT? BERAPA BANYAK HANG KENA TIPU? BERAPA LUAS HANG TANAM SERAI? KAN KEKAWAN BANYAK..HELMI ADA. TUAI, DAN JUAL KAT DIA..NAK TUNGGU ADA KILANG BARU NAK TANAM SERAI…ALAMAT LE…LANTAKLA HELMI NAK BUAT APA KAT SERAI TU..DIA NAK BUAT BENIH KE, DIA NAK MAKAN KE, DIA NAK TIDUR ATAS SERAI KE..
    SAYA SETUJU SANGAT DENGAN HELMI TU.
    tq.

    Reply

  4. anasNo Gravatar says:

    hai all
    berita baik untuk anda. castle agro tech ada menawarkan baja compose (vermi compose)dan Vermi Tae untuk tanaman korang, untuk maklumat lanjut visite laman web kami di http://www.castleagro.com , harga boleh runding atau leh gak e-mal at anas_1310@yahoo.com

    Reply

  5. serai kedahNo Gravatar says:

    Kepada En. Hilmi

    Jika bebar apa dikate. Buktikan dimana kilang proses serai.
    Adakah hasil serai dieksport. Setahu saya Pihak MARDI ada cakap serai mana ada dieksport. FAMA pun satu hal tidak bole diharap. Rakyat harap depa pasarkan produk pertanian tapi depa pun tak galakan tanam serai. Kalau tak percaya tipon FAMA kedah.

    Reply

    dzul.daun pandanNo Gravatar Reply:

    oii! tanam serai bisnes, tak kan semuanya orang nak bagi tau, kilang mana, eksport mana, SERAI KEDAH ni pun satu hal, orang dah tanam ribu ekar, kau asyik nak tenyeh KEY PAD tanya bukti..mai dtg KL/ SELANGOR aku tunjuk kilang serai. PASAR BORONG pun aku tak sanggup nak supply.. dia punya permintaan sekarang ni banyak bro. SERAI KEDAH…alahai….

    Reply

    serai beraiNo Gravatar Reply:

    wei dzul…manusia tak bodoh macam ko.org tau ko tu helmi.politik la ko ni.org yg beriye sgt backup dtg kn suspisches.dun act like a fool.

    Reply

  6. hilmiNo Gravatar says:

    encik serai kedah,

    mungkin encik dh pernah tertipu atau ada kengkawan encik yg tertipu, jumpa saya dan saya akan tunjjukan kilang kami di jeniang yg sedang dalam proses memasang mesin dan wiring.

    kami x pernah mengharapkan FAMA sebab bagi kami memang FAMA x boleh diharapkan. kami berurusan terus dgn kementerian pertanian.dan syarikat kami sendiri yang meneroka pasaran luar seperti pasaran German dan UK. jadi mana mungkin FAMA boleh tahu sekiranya kami x pernah adakan apa2 perbincangan dgn pihak mereka.di pihak mardi pula kami hanya mintak bantuan utk RnD produk kami sahaja.jadi bab marketing memang diorang x perlu tahu la.

    kalau kami berniat nk menipu,mana mungkin pihak bank sanggup memberi bon bernilai RM1.3juta kepada pihak kilang.nak dapat bon tu bukan kerja yg senang kalau x de kertas kerja yang kuat,ladang yang besar,approval dan sokongan dari pihak yang betul-betul memantau projek kami,kalau stakat main atas kertas ja,semua orang mampu cakap nk buka kilang.

    skarang nih kami tengah membantu peserta2 dari rumpun biotek dan moja venture utk jual hasil tanaman mereka utk kami jadikan benih sedangkan pada masa yang sama syarikat pengilang sendiri telah mempunyai ladang seluas 400 ekar di alor setar.kalau niat mereka semata-mata nak mengaut untung menjual benih,baik mereka jual saja hasil dari 400ekar ladang mereka utk dijadikan benih.tetapi perkara ini tidak berlaku memandangkan ladang 400ekar utk memang telah reserve utk operasi kilang pada bulan 6 nanti.

    jadi fikir-fikirkanlah,

    terima kasih

    Reply

    dzul.daun pandanNo Gravatar Reply:

    en helmi, rasanya saya sangat optimis dengan apa yang u katakan. Saya telah menanam SERAI, KELADI, PANDAN lebih dari 7 tahun yang lalu. Keladi dan pandan dalam skala yang kecil sahaja (keladi 27 ekar, pandan 13 ekar), SERAI dah menjangkau 125 ekar, itupun tak cukup. Saya orang kampung, tak tau hal2 blog, inipun pekerja yang cakap. Katanya “tanaman SERAI dah makin PANAS sekarang. Patutlah orang datang cari serai saya hari-hari, main TAN, dah tak main KILOGRAM.
    Sekiranya EN Helmi berurusan dengan pengilang, itu lbh bagus, sebabnya mungkin TUAIAN tak PERLU di bersihkan macam saya nak hantar ke PASAR BORONG @ PASARAYA BESAR. Supply harian saya tak lah banyak macam tuan, LBH KURANG 2000 ikat sehari (2 tan). SEkiranya pihak tuan ada apa2 yang boleh dikongsi bersama saya boleh hubungi.
    Hj dzul: 013- 528 7375
    Terima kasih.

    Bila dah baca2 berulang kali..tengah fikir, mereka pakai baja apa sampai dapat 25 tan seekar. Saya dah tanam 7-8 tahun, purata 18-20 tan seekar. EN Helmi, boleh bantu?
    tq.

    Reply

    hafizNo Gravatar Reply:

    Salam ~

    Bro tanam pandan kat mana. Boleh p tengok kebun. Kalau boleh nak menuntut dengan bro. Tu pun kalu bro setuju jadik sifu. Boleh ke bro. Kalu sudi contact saya:

    hafizaimanhakim@gmail.com

    terima kasih

    Reply

  7. guaNo Gravatar says:

    katalah bila dah buat agreement serai..tetiba time dah tuai pokok janji hanya tinggal janji..apa jaminan yg ada??…kat mana nak buang stok serai ??

    memang konpem FAMA n Pertanian x galakkan tanam serai..mereka cakap semua itu hanyalah cakap mulut…

    kalau boleh kene ada hitam putih agreement bukan setakat sijil…salah satu pihak tipu boleh ambil tindakan saman kerugian n masuk jel…maknanya agreement kene depan lawyer yg dilantik…sykt kene buktikan ketelusan dgn melantik lawyer utk tujuan ini…

    janji mulut mana boleh pakai..esok jea dah lain..apatah lepas dapat duit n 4-5 bulan…

    waa x kata semua..khas utk penipu sahaja…waa bukan penanam serai aaa…

    Reply

  8. hilmiNo Gravatar says:

    terima kasih GUA! atas penerangan yang diberi,

    memang betul apa yg saudara katakan,

    tapi kami memang mengeluarkan agreement atau surat perjanjian kepada peserta kami.sijil itu hanyalah sebagai bukti kedua yang menunjukkan pengusaha adalah peserta kami,dan syarikat memang mempunyai lawyer sendiri,

    kalau peserta masih tidak berpuas hati jugak,mereka boleh menulis sendiri agreement mereka berpandu kepada peguam mereka dan kami boleh berbincang tentang itu semua asalkan kita dapat mencapai situasi menang-menang.

    kesimpulannya beginilah,kepada sesiapa yang betul2 berminat,call saya,kita berjumpa dan saya akan tunjukkan apa saja bukti yang akan membuatkan anda berpuas hati.kepada siapa yang pernah terkena dgn skim ini,saya mintak jgnlah kondem saya sbb syarikat saya dan syarikat yang anda sertai x sama.berilah peluang kepada saya,jgn kerana nila setitik rosak susu sebelangan,jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar

    wassalam

    hilmi
    019-4739239 /017-4050201

    Reply

  9. eidaNo Gravatar says:

    salam,
    sy brcadang menanam serai di negeri kelantan.mungkin akan dimulakan dlm bulan 5 ni..tapi takut pasaran xde.. cik helmi bleh tolong ke?
    klo bleh tolong crita lebih lanjut pasal kontrak tu..
    berapa lama kontrak tu?hasil tu pihak encik amik berperingkat ke?bagaimana?mksudnya..skali ambik brapa tan n berapi kali ambik dlm sebulan?harap bantu.T.Q

    Reply

    rahidahNo Gravatar Reply:

    sykt saya ada wt contract farming utk projek serai… kami beli balik pada harga rm1.00/kg…. kami ambil berapa tan pun…sekali gus pun kami ambik… jgn risau.. ada perjanjian dengan peguam.. berminat hubungi saya 017-7018445 ( idda )

    Reply

    lianaNo Gravatar Reply:

    Salam. Saya ada serai peha ayam untuk dijual sekarang. tawaran borong. keluasan penanaman ialah 2 ekar. lokasi tangga batu melaka. saya nak jual 50sen sekilo. Jika berminat sila hubungi 0133510743

    Reply

  10. abuyaNo Gravatar says:

    tahniah kepada semua yg didalm blog ini kerana pada dasarnya telah berkongsi kepakaran dan telah menunjukkan keinginan memajukan diri. Saya org yg paling terakhir, sedar akan ‘kejayaan’ didalam bidang pertanian dan penternakkan ini.
    Semuga kita semua berjaya

    Reply

  11. Untuk lebih banyak info tentang penanaman serai dan buku panduan penanaman serai, sila layari laman blog saya .TQ
    Klik Disini

    Reply

  12. Untuk lebih banyak info tentang penanaman serai dan buku panduan penanaman serai, sila layari laman blog saya .TQ
    Klik Disini

    Reply

  13. zemiNo Gravatar says:

    askum.

    saya salah seorang petani, pemborong dan pemasar serai kampung. kalau ikut pengalaman saya, serai peha ayam ni beratnya lebih dari serai kampung. jadi ramai yang nak mula tanam serai peha ayam. Dewasa ini negara kita telah dibanjiri dengan restoran dan warong tomyam thailand. Mereka ni sebenarnya lebih gunakan serai kampung sebab aromanya lebih kuat, tp kat pasar dan berlambak serai peha ayam sampai busuk. Ada tokey pasar yang terpaksa biakkan lebihan serai peha ayam tu dalam baldi. Apa nak jadi le market serai peha ayam ni. Kita tak pandai control market.
    Ok..kalau nak tanam serai kampung buat peringkat2. Bulan ni tanam setengah ekar, bulan depan setengah ekar, bulan ke3 setengah ekar dan setengah ekar dan seterusnya. Baru le market tak berlambak sekaligus. Baru le boleh control market.
    Kalau sesapa nak bekalan serai kampung atau benih atau khidmat nasihat(kalau beli ngan saya jer) tel 016-6697363.

    Reply

  14. awieNo Gravatar says:

    salam..
    serai ni btl2 ke ade market..
    dengar sampai ekspot luar negare..
    betul ke..
    byk gak syarikat yg wat cf ni skung..

    Reply

    NorihaNo Gravatar Reply:

    Betulle…Untung ape…Mengikut kajian…dalam 1 ekar tanah..modal tanam serai..( benih serai dan baja mengikut pakej yang disediakan ialah= Rm2500) setelah 6 bulan…keuntungan daripada hasil tuaian ialah RM16,000..Itu kalu buat sendirila..tapi kalu upah org lain tolg buatpun masih lagi untung..Upah tanam serai bagi keluasan i ekar ialah… seorang pekerja ialah RM45 sehari…biasanya bole siap dalam masa 4 hari kalu guna 4 org pekerja..Semua kosnya lebih kurg RM720…Lepastu…kita pakat-pakat jagalah dalam tempoh enam bulan…kalu tak larat nak jaga…kita upah org bagi keje2 yang kita tak larat buat…Mcm mana…Nak tanam serai…Kalu ada tanah semua bole jalan…Tapi kena ada KEMAHUANLAH…Ape2..Bole email kat saya kalu berminat…noriha78@yahoo.com…Saya bole atur temujanji dengan perunding Tanaman Serai yang berkaliber…

    Reply

    matNo Gravatar Reply:

    salam…
    saya dari johor..
    cam ne nak contact/ call kalo saya nak benih serai wangi..??
    saya ada tanah di area johor..
    t.k

    Reply

  15. inaNo Gravatar says:

    saya memerlukan serai kampung di sekitar Pahang. Harga 80sen-90sen/kg.
    (berdasarkan serai dan isinya besar). lebih kurang 1tan seminggu diperlukan. tel 016-9529159 ina.

    Reply

  16. info dan gambar yang menarik bro..

    Reply

  17. faizalNo Gravatar says:

    salam…

    sedang mencari penanam serai yang boleh supply harian 3 tan

    perlukan jawapan segera

    kalau boleh sebutharga dari ladang

    tq

    Reply

    ainapiNo Gravatar Reply:

    w.kumsalam.. en.faizal… harga dari ladang sekarang rm1.40 je.. seikat. dalam seikat ada 30 batang serai.. klu serainya ada campur dgn batang serai yang kecil ia lbh dari 30 batang…. harga boleh bincg lagi….saya jarang buka email.. jd bleh hubungi saya di 017-2897728 ainapi.. ribuan trima kasih

    Reply

    ZakiNo Gravatar Reply:

    saya ada tanaman serai peha ayam di kawasan sungai besar, selangor…
    mcmana kalau saya nak jual kat ainapi ajer…

    Reply

    hafizNo Gravatar Reply:

    Salam ~

    Bro boleh bagi contact dak. E-mail pun boleh. Saya sanggup supply kalu kena ngan harga dia.

    Thanks

    Reply

    mhudzzNo Gravatar Reply:

    Salam. Saya ada serai kampung/makan untuk dijual sekarang. tawaran borong. keluasan penanaman ialah 3 ekar. lokasi -kuala pilah,negeri sembilan. saya nak jual rm1.20 sekilo. Jika berminat sila hubungi hud di 016-3634595

    Reply

    ahmadNo Gravatar Reply:

    Salam,

    saya penanam serai. Email kat saya (latfi_pi@yahoo.com) dan saya akan beri sebut harga.

    tk

    Reply

    rahidahNo Gravatar Reply:

    blh bg saya no hp saudara…. nnti kita blh bincang lanjut.

    HP : 019-7626400 ( idda )

    Reply

    rahidahNo Gravatar Reply:

    sila call saya… 017-7018445 ( ida )

    atau en blh bg saya no hp tuan utk perbincangan lanjut

    Reply

  18. ainapiNo Gravatar says:

    saya belajar tanam serai dari umur saya 11 tahun… sekaang umur saya dah 26 tahun,,pengalaman mme banyaklah… belajar dari ibu dan aruah ayah saya jadi klu da sape2 nak tanya pasal cara2 tanam serai boleh kol saya je…. 017-2797728 dok kuala selangor jeq.. tapi untuk penetahuan smua… kalau bleh jangan pikir nak untung besar je.. untyung ckit pun o.k ape,,, jgn m,gharap untung besar jer.. sebab.. harga sekarang naik turun jeq…

    Reply

  19. ainapiNo Gravatar says:

    o0p silap no fon.. 017-2897728

    Reply

  20. ainapiNo Gravatar says:

    kepada SERAI KEdAH…. rumah saya dekat je ngan kawasan proses serai pakdin tanah rancangan api-api… cubalah dtg kat tempat pakdin tgk sendiri … sekarang pakdin mmg nak buka kilang proses minyak serai…. tapak pun dah da cuma tunggu tanah tapak kilang btul.. kuat dan padatje pepehal kol gua 017-2897728

    Reply

    mohd johariNo Gravatar Reply:

    kalau semua dah tanam serai hinggkan di belakang rumah pun ada……tak ke jatuh harganya nanti?????? bererti dah tak ada nilai…..

    Reply

    BedotNo Gravatar Reply:

    Tak payah Pakdin dah lari, itu omongan kosong….saya sudah kena sekarang pening kepala nak pasarkan serai.

    Reply

  21. hilmiNo Gravatar says:

    saya nak membeli serai jenis paha ayam yang siap dibersih pada harga 80sen sekilo.sesiapa yang berminat boleh telefon saya.sehari perlukan 550kilo..bayaran COD.tapi hanya utk yang di negeri Kedah sahaja..

    019-4739239 hilmi.

    Reply

  22. fizzyNo Gravatar says:

    Untuk maklumat lanjut tentang penanaman serai sila ke sini..

    http://putera.forumotion.com/peluang-kerjaya-dan-perniagaan-f16/projek-tanaman-serai-mikro-dijamin-oleh-fama-t802.htm

    Pasaran kami terus ke FAMA, KEDA, dan pasaran mentah..

    Loan disediakan..

    Reply

  23. rizan4373No Gravatar says:

    salam
    banyak yg telah saya baca dr komen2 saudara sekelian
    terima kasih atas info semua itu.
    sebeanarnya saya telah memulakan projek serai paha ayam sebanyak 3 ekar akan dituai pada penhujung tahun ini so bolehkah sedara2 semua berikan tip2 untuk pasaran…
    untuk sedara hilmi bolehkah saya jual hasil tuaian pada pihak syarikat saudara.

    terima kasih

    Reply

  24. cik suNo Gravatar says:

    Koperasi The Rights (M) Berhad telah menandatangani satu perjanjian untuk membekalkan serai hijau ke luar negara dengan keluasan 10 ribu ekar selam 3 tiga tahun mulai 2009. Oleh itu kami mengalu-alukan kpd sesiapa yang berminat untuk membuat usahasama projek ini secara perladangan kontrak… BENIH, KEPAKARAN dan PASARAN kami sediakan.
    Harga beli balik RM1.00/kg… 1 ekar dalam masa 6 bulan boleh menghasilkan 20 tan….
    Maklumat lanjut hubungi saya : 017-7018445 ( Idda )@ 012-7618756 & 07 4535161 (cik su)

    Reply

  25. rizan4373No Gravatar says:

    saya dah mula projek serai paha ayam boleh saya jual pada awak

    Reply

  26. izadNo Gravatar says:

    Salam..ade sesiapa yang berminat nk beli serai..coz end of dis month saya nk harvest serai saya seluas 1 ekar di seremban..sila email di spyrogyra_82@yahoo.com untuk pertanyaan lanjut.
    sekian,terima kasih

    Reply

    raziNo Gravatar Reply:

    hubungi saya

    0136526073 razi

    Reply

  27. eddyNo Gravatar says:

    Baja cecair merupakan baja yg lebih efektif utk tanaman pada ms kini…
    Syarikat saya dynatech fertilizer mengeluarkan baja cecair nisara grow utk pelbagai jenis tanaman…
    antaranya adalah..
    getah, sawit, kontan( sayur-sayuran & buah buahan) , serai , gaharu, padi, kenaf , nenas & sebagainya…

    Penjimatan sehingga 76% & meningkatan hasil tanaman minimum 36%….

    Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya di talian 017-470 9938 / 013-449 3036 …..

    CUBA LAaaa…..

    Reply

  28. mafizahNo Gravatar says:

    Di melaka juga ada kilang minyak pati jauh lagi advanced dan lebih besar kapasiti daripada MARDI Kuala Linggi. Tak silap dah ada GMP, kilang terletak kat Masjid Tanah Melaka. 100% milik bumiputera. Boleh lawat http://sutraessential.blogspot.com/

    Reply

  29. hafizNo Gravatar says:

    Salam perkenalan~

    Buah Cempedak diluar pagar. Ambik pisau tolong potongkan ( best2 )… saya budak baru belajar… kalau silap jangan tangan2 kan.

    Buah cempedak buah nangka… nak tumpang tanya boleh ke..

    Ada sahabat2 yang tahu syarikat yang menjalakan kontrak farming untuk tanaman pandan. Saya bercadang nak tanam pandan. Ada sapa boleh bagi tunjuk ajar ku sifu …..

    Reply

  30. noorazamNo Gravatar says:

    salam
    kpd sesiapa yg brminat utk jual serai peha ayam,saya brminat utk beli pd harga rm1.00 sekilo.. boleh call utk runding..tkasih

    Reply

    azwanNo Gravatar Reply:

    mcm mana nak call, no tepon x bagi

    Reply

    lianaNo Gravatar Reply:

    Salam. Saya ada serai peha ayam untuk dijual sekarang. tawaran borong. keluasan penanaman ialah 2 ekar. lokasi tangga batu melaka. saya nak jual rm1.00 sekilo. Jika berminat sila hubungi 0133510743

    Reply

  31. noorazamNo Gravatar says:

    sila hubungi say ditalian 012-250 2134

    Reply

    kidNo Gravatar Reply:

    saya ada serai dalam 4 ekar.hubungi saya jika berminat.0199999475

    Reply

  32. arisNo Gravatar says:

    asslammualaikum/ salam sejahtera

    kami memerlukan serai dengan kuantiti yang banyak.butiran seperti dibawah:-

    1-serai paha ayam yang sihat
    2-hanya buang tanah dan daun kering
    3-harga rm0.57 perkg
    4-bayaran tunai
    5-pengangkutan disediakan
    6-pesanan mengikut kuantiti akan diberitahu kelak
    7-kuantiti sama ada memenuhi lori trailer atau lori 5 tan ke atas ataupun pesanan 10 tan ke atas
    8-pada yang mempunyai sedikit hendaklah bergabung dgn rakan yg lain..ONE STOP CENTRE..mudahkan lori
    9-kami bisa mendapatkan anda selagi dlm semenanjung malaysia

    Jika pihak tuan berminat sila hubungi saya dengan segera.Peruntukan untuk penghantaran adalah terhad.Kerana berdasarkan keperluan kilang dan persaingan dari ladang serai yang lain.Saya diberi peluang untuk memenuhi kuota dalam masa dua hari ini sahaja.harap dpt kerjasama.

    aris,0126892658. ..harap dpt call terus..untuk kelancaran.. .

    sekian…

    Reply

  33. NAZRINo Gravatar says:

    saya adalah pembekal produk serai wangi..ia diasaskan dari serai wangi..produk ini bertujuan menghalau serangga2,tikus,ular,lalat dan berbagai lagi.saya ingin mencari pemborong atau individu yang ingin memulakan perniagaan ini..produknyer dari pati serai wangi sehingga barangan spray yang telah dibancuh…memang menguntungkan…sebarang rundingan boleh menghubungi nazri mahad di 0176401561…

    Reply

  34. ctkNo Gravatar says:

    assalamualaikum kwn2 smua….
    sbnrnyer sy dh lama nk buat projek tnm serai nie…tp tanam diantara pokok kelapa sawit yg akan di tanam semula….keluasan dia dlm 20 ekar…tp nk tnm 1 ekar dulu kemudian baru 19 ekar yg lain kerana kalu bleh xnk terputus bekalan….masalah skrg… dlm miggu nie sy kena hntr kertas kerja pada pihak felcra….tgh usaha cari contoh, kalu dh dpt insya’ALLAH kurang skit masalah nyer…..ingat nk tanam 2 jenis….serai peha ayam n wangi…boleh saper2 tolong tuk dptkan contoh kertas kerja tu …plz…jenuh mencarinyer…tq…

    Reply

    hafizNo Gravatar Reply:

    bagi e-mail add kat hafizaimanhakim@gmail.com , insyaalah saya boleh bantu. Tapi ikut pengalaman saya kat kebun sawit kurang di galakkan.

    Reply

  35. chemud86No Gravatar says:

    semua tu penipu aje. nak jual kena ada kota daripada pengilang.

    Reply

  36. ZBHD TradingNo Gravatar says:

    Saya memerlukan bekalan serai gajah yang berterusan 1-2 tan sehari ke Johor Bahru. Sila hubungi saya En. Zul 019-7161633 atau 012-7251816

    Reply

  37. samdaddycoolNo Gravatar says:

    … dah lama aku berangan nak tanam serai ni, tapi kena letak dalam ‘wish list’ je dulu.. Kena buat benda yang betul-betul penting (priority)..

    p/s – sekarang mesti dah dapat merasa hasilnya ekk?

    Reply

  38. AlangNo Gravatar says:

    Salam buat sahabat semua, saya ada menyediakan benih serai gajah untuk dijual kepada yang berminat boleh hubungi saya 012-7358945. berkenaan harga boleh dirunding. Area Simpang Renggam Johor.

    Reply

  39. armNo Gravatar says:

    sy mencari pengusaha serai kawasan beranang,sesiapa ada contact tlg beritahu sy,0193601564.sy nk beli serai..secepat mungkin

    Reply

  40. AlangNo Gravatar says:

    Salam buat semua sahabat, saya ada menyediakan serai gajah baik untuk benih ataupun makan. Area Simpang Renggam Johor, harga boleh dirundingkan. Sekiranya berminat HUBUNGI: 012-7358945 untuk maklumat lanjut…

    Reply

  41. chemud86No Gravatar says:

    ass….dok canang nak beli serai lah dlam blok kitani siap bagi nombor telepon tapi bila kita cal hampas depa tak jawab pun.Kalau nak meniaga buat betul betul,angkat telepon bila orang telepon,ni tidak takut orang minta hutang kot .itulah orang melayu yang nak meniaga untung atas angin.Kalau macamni tak payah lah nak masuk blog ni lagi.buang masa

    Reply

  42. zullNo Gravatar says:

    saya ada serai kg yg hendak dijual…3 ekar, harga kita runding,bertempat di kuala krai kelantan, pengangkutan kita runding…0173035966…

    Reply

  43. RASIDI_TOPANNo Gravatar says:

    SAPE2 AREA AMPANG,KL @JERAM NAK JUAL BENIH SERAI EMAIL KAT SAYA…ra_cd_topan@yahoo.com
    BARU NAK START TANAM

    Reply

  44. RASIDI_TOPANNo Gravatar says:

    SELAIN EMAIL LEH SMS SAYA….0172442461

    Reply

  45. shaikhNo Gravatar says:

    Salam… Boleh saya tahu, di mana saya nak pasarkan serai wangi??

    Reply

  46. zurainiNo Gravatar says:

    Salam buat pembaca…..
    Saya salah seorang penanam serai peha ayam/serai hijau melalui kontrak farming bersama dengan L.Grass Aroma Sdn. Bhd. dengan keluasan 9 ekar di sekitar Tg. Karang dan sepatutnya telah dituai pada bulan Julai yang lalu, malangnya sehingga kini masih belum dapat dipasarkan kerana pihak syarikat banyak memberi pelbagai alasan. Sampai bilakah masalah ini akan berakhir…….
    Nak marah pun tak guna…..
    Sesiapa yang berminat untuk membeli boleh berhubung ditalian 019-3843643

    Reply

    reelNo Gravatar Reply:

    Kalu ada kontrak, saman je.

    Reply

  47. dinNo Gravatar says:

    ni mesti kontrak ngan pak din ni
    sebenarnye die dah bankrup…laknat punye melayu…abih putus semangat ayah aku pasal ni…dari 100 kg jadi 83 kg…sib baiklah ade kambing nak di bela…kalau x lagi putus semangat die

    Reply

  48. dinNo Gravatar says:

    pak din sial..perabih duit orang!!
    sebenarnye die dah bankrup…laknat punye melayu…abih putus semangat ayah aku pasal ni…dari 100 kg jadi 83 kg…sib baiklah ade kambing nak di bela…kalau x lagi putus semangat die

    Reply

    reelNo Gravatar Reply:

    wow dah bankrap. Cari agen nya nama sakri (sakri resources sdn bhd).

    Reply

  49. caleoneNo Gravatar says:

    biar betul bro..kalau dia bankrap..serai wa habih bro..biar betul..

    Reply

Leave a Reply