Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Image Hosting
Agak lama tak menulis pasal buah-buahan. Singgah ke kebun bapa yang semak samun terjumpa sebiji betik yang telah masak. Bila fikir kembali, rasanya elok tulis pasal buah betik yang agak kurang diusahakan ni.
Mula-mula kita tengok apa itu betik? Adakah anda tahu apa itu buah betik? Kadangkala orang kampung panggil ia sebagai buah kepaya (bahasa Inggeris papaya). Kita tengok dari maklumat betik dari internet
Buahnya boleh dimakan dan pucuknya boleh dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Betik tempatan seperti Batu Arang, Subang 6, Morib, Serdang 1, Taiping 3 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah (eh, betik Kesang takde ek?? Kalau si Zool buat, boleh tak namakan betik Kesang?). Untuk menanam pokok betik terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian :-
1. Faktor iklim dimana kawasan yang ditanam perlu mempunyai taburan hujan yang sama rata sepanjang tahun.
2. Faktor tanah dimana perlukan saliran yang baik. (sebenar banyak info yang dijumpai tapi malas nak taip panjang-panjang)KHASIAT BETIK
Betik kaya dengan Vitamin A, Vitamin C dan juga kalium. Terdapat juga besi, kalsium, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik (walaupun tak faham, anggaplah benda tu berkhasiat). Jumlah kalori juga rendah dan nutrien dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.
Info diceduk dari website Pertanian Perak. Tapi ambil yang asas je. Nak lebih detail tengok je website tu atau datang ke Pejabat Pertanian le.
SIhatSelalu
Banyaknya hal pasal betik ni. Agak rumit rupanya betik ni.
Berikut merupakan gambar betik yang sempat diambil..

By zzarizi at 2012-04-22
Pokok betik yang telah berbuah

By zzarizi at 2012-04-22
Pandangan buah betik dekat pokok yang lebih jelas..

By zzarizi at 2012-04-22
Sebiji buah betik yang telah masak.
Sekian..
p/s :- Hm, satu hari nanti mungkin boleh buat tanaman buah betik kat tanah sedara kat Pondok Kempas, Selandar kot. Dah teruk hutan kat sana tu.. Hehehehe. Angan-angan je dulu.. Mana tau boleh buat ni..




Lama dh aku tak makan buah betik nih….:)
Reply
zool
Reply:
April 23rd, 2012 at 09:47
hm. kebun belum masak lagi buah betik.. kalau tak boleh je layan
Reply
Memang kegemaran aku ni
Betik dan juga pisang
Reply
zool
Reply:
April 23rd, 2012 at 19:00
eh. memang ada tanam pisang gak kat kebun ni
Reply
saya tanam betik tapi tak berbuah, habnya kuluar bunga aje? Apa nak buat? Cabut ke.. atau kawinkan ?
Reply
[...] ni saya pernah menulis mengenai tanaman pokok betik atau orang kampung panggil kepaya (ubah dari perkataan papaya kot..). Seperti yang dinyatakan dalam [...]
hari ini semangat ku berkobar-kobar nak tanam sendiri pokok betik ..nak petik buah dengan tangan sendiri..terimakasih.
Reply