post

Tamat EURO 2016 : 8 Perkara menarik mengenainya

Pagi tadi, perlawanan bolasepak yang menjadi tontonan jutaan peminat bola sepak dunia telah melabuhkan tirainya. Perlawanan yang menyaksikan aksi-aksi pemain bertaraf dunia dibahaskan merata tempat. Kejohanan EURO 2016 yang menyaksikan pasukan Portugal dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Perancis selepas masa tambahan menampilkan aksi suka duka.

Untuk artikel kali ini team ligakampung.com akan menampilkan beberapa perkara yang boleh dikongsikan bersama. Antaranya ialah :-

1) Pemain terbuang menjadi wira pasukan Portugal. Tahukah anda, pemain yang menjaringkan gol tunggal di perlawanan akhir pada minit ke 109 iaitu Eder pernah bermain untuk kelab Swansea di Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/16. Beliau yang bermain di posisi penyerang itu telah beraksi sebanyak 13 kali tanpa menjaringkan sebarang gol untuk kelabnya itu.

Beliau seterusnya dipinjamkan ke kelab Perancis, Lille. Di kelab Lille beliau bermain baik sehingga membantu kelabnya untuk layak ke Kejohanan Eropah pada musim 2016. Beliau seterusnya mendapat kontrak bermain selama 4 tahun untuk kelab dari Perancis itu.

eder

Eder selepas menjaringkan gol kemenangan pasukan Portugal

Dalam kejohanan EURO 2016 ini beliau hanya beraksi sebagai pemain simpanan sahaja dan sudah pasti aksi beliau di perlawanan akhir akan diingati oleh beliau dan penyokong Portugal. Masuk sebagai pemain gentian, beliau melakukan rembatan rendah dari luar kotak penalti yang memberikan kemenangan pertama pasukan Portugal dalam kejohanan bertaraf antarabangsa.

Walaupun jaringan tersebut tidak diberi perhatian berbanding aksi ketua pasukan, Cristiano Ronaldo yang cedera di luar padang namun beliau pasti akan berbangga dengan gol tersebut. Ini menunjukkan bahawa bola sepak adalah perlawanan berpasukan dan sesiapa mampu menjadi wira jika beraksi BAIK pada waktu yang tepat.

2) Format 24 pasukan memberikan tuah kepada PORTUGAL. Format memberikan peluang kepada 24 pasukan bertanding selepas perlawanan peringkat kumpulan merupakan satu rahmat kepada pasukan Portugal. Sebelum ini format permainan adalah 16 pasukan yang akan ke peringkat seterusnya namun pada kejohanan kali ini ada peluang bagi pasukan di tangga ketiga yang mendapat markah terbaik untuk ke peringkat kalah mati.

Memang ada pertikaian sesama pengendali tentang format kali ini. Ia seperti memberikan peluang kepada pasukan mendapat peluang kedua tapi secara peribadi kami merasakan ia lebih kepada tempoh pertandingan. Dengan memberikan lebih perlawanan pasti kantung UEFA juga akan bertambah. Tak gitu?

Selain format 24 pasukan ada juga beberapa peraturan baru yang diperkenalkan dalam EURO kali ini. Antaranya ialah :-

  1. Sepak mula bola boleh dimulakan dengan menghantar ke belakang. Jika sebelum ini pemain perlu menyepak ke depan pada sepak mula tapi dalam EURO 2016 kali ini diubah undang-undangnya.
  2. Kad merah boleh diberikan sebelum sepak mula. Jika pengadil mendapati ada masalah ketika sebelum sepak mula, beliau boleh memberikan kad merah kepada pemain terbabit. Pasukan masih boleh bermain dengan 11 orang tetapi akan kehilangan peluang seorang pemain gentian.

Untuk lebih lanjut, boleh rujuk sini

3) Pasukan tidak ternama melakukan kejutan. Pasukan seperti Iceland, Wales telah mencapai tahap yang cukup tinggi. Bagi pasukan kerdil dan tidak mempunyai sejarah bola sepak yang tinggi, pencapai Wales layak ke separuh akhir manakala Iceland melakar sejarah layak ke suku akhir merupakan pencapaian membanggakan bagi pasukan terbabit. Sudah pasti mereka mempunyai keyakinan tinggi apatah lagi ramai pemain mereka yang beraksi di liga luar yang kompetitif. Jarang sekali kita melihat pasukan-pasukan ini mampu mengejutkan pasukan-pasukan ternama seperti England, Belgium namun ianya terhasil dalam kejohanan kali ini.

Ia menunjukkan tiada yang MUSTAHIL jika bermain sebagai satu pasukan. Walaupun kejutan namun mereka telah bersedia dengan lebih baik berbanding pasukan ternama.

4) Pakaian tidak berkualiti. Ketika perlawanan antara Switzerland menentang Perancis banyak perkara berlaku melibatkan kualiti. 2 baju pemain Switzerland terkoyak dan sebiji bola terpecah dua. Nampaknya kejohanan EURO kali ini menampakkan kekurangan di situ. Bagaimana ianya boleh berlaku? Hanya pembuat pakaian dan bola sahaja yang tahu.

Pakaian pemain Switzerlan, Granit Xhaka yang terkoyak dibelakangnya

Pakaian pemain Switzerlan, Granit Xhaka yang terkoyak dibelakangnya

5) 2 adik beradik bertarung sesama sendiri. Pemain Granit dan Taulant Xhaka beraksi dengan pasukan negara yang berlainan. Granit beraksi untuk Switzerland manakala Taulant pula beraksi dengan pasukan Albania. Ini juga merupakan salah satu sejarah dalam bola sepak EURO yang menyaksikan kedua adik beradik bertarung sesama sendiri dalam peringkat kumpulan yang dimenangi oleh Switzerland.

Kedua-dua adik beradik menentang satu sama lain

Kedua-dua adik beradik menentang satu sama lain

6) Antoine Griezman gagal lagi. Pemain yang semakin dikenali selepas menjaringkan gol-gol penting Perancis sekali lagi gagal menjulang piala pada tahun ini. Selepas tumpas di Kejohanan Liga Juara-juara pada bulan Jun lalu, beliau sekali lagi tumpas di perlawanan akhir. Kali ini bersama pasukan kebangsaan pula. Menyedihkan lagi bila lawannya, Cristiano Ronaldo menjulang piala lagi. Mungkin anugerah kasut emas menjaringkan 6 gol dapat mengubati sedikit kelukaan kegagalan menjulang piala kali ini.

7) Cristiano Ronaldo menyamai rekod jaringan terbanyak sebanyak zaman EURO. Pemain sensasi Portugal menyamai rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman di Kejohanan ini apabila menyamai lagenda Perancis dengan 9 gol. Dalam kejohanan ini beliau menjaringkan 3 gol untuk beliau mencipta rekod satu-satunya pemain yang menjaringkan gol bagi 4 kejohanan EURO.

8) Pemain yang tidak mencapai prestasi seperti kelab. Pemain seperti Thomas Mueller (Bayern-Jerman), Harry Kane(Spurs-England), Zlatan (PSG-Sweeden) merupakan antara pemain yang cukup gah di liga masing-masing namun dalam kejohanan kali ini mereka tidak menyumbangkan gol. Nampak perbezaan antara prestasi mereka di kelab dan di kejohanan kali ini.

 Portugal v France - EURO 2016 - Final

Itu serba sedikit mengenai kejohanan EURO 2016 yang berlangsung meriah. Tahniah kepada pasukan Portugis yang berjaya menjulang Piala Eropah buat kali pertama. Kepada para peminat bola sepak jangan lupa pula aksi bola sepak tempatan yang akan bermula esok. Berikanlah sokongan kepada pasukan tempatan melebihi pasukan luar Negara tu.

 

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Tamat EURO 2016 : 8 Perkara menarik mengenainya

    • @Anuar, sedang cuba untuk mengubah arah blog ini..
      salah satunya adalah dengan menjadikan fokus dengan entri yang unik.
      takdelah rajin sangat pun.. byk kat google je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.