Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pelik semacam je tajuk ni. Semua orang mengetahui bahawa masing-masing mempunyai bakat tersendiri. Kadangkala bakat tersebut terpendam sehingga tak dikeluar-keluarkan. Untuk entri kali ini saya nak menulis berkenaan perkara-perkara yang tak berapa nak berbakat sangat tapi tetap menjadi minat diri ini. Antaranya ialah :-
1. Melukis. Bagi mereka yang pernah duduk di sebelah si Zool masa sekolah atau di UiTM dulu mesti mengetahui yang beliau rajin menconteng buku notanya terutama dalam keadaan bosan. Memang habis diconteng watak kartun kecil-kecil sampai pernah seorang lecturer nampak seraya berkata ‘ni gambar saya ke?? ‘.. Huhuhuhuhu. Tak terjawab le hendaknya. Secara amnya, bakat melukis kartun tu ada le sikit-sikit tapi level tu tahap yang paling bawah sekali. Pernah cuba-cuba menghantar kat majalah APO? (dalam ruangan hantarkan kartun ) satu ketika dulu tapi dapat markah tercorot antara yang lain. Lepas tu bila tengok balik memang tahap budak sekolah je lukisan tu.. Hahahaha. Tapi takpelah.. Cuba-cuba je. Sekarang ni sudah jarang menconteng kecuali kalau ada meeting/seminar yang membosankan. Ops.. Dalam kad raya untuk rakan-rakan lelaki ada sedikit lukisan kartun kecil dari si Zool.. Hehehe.. Kad raya untuk perempuan takde sebab segan lukisan teruk. Cuma gambar kartun maskot kat belakang kad je. Sekarang ni bercadang untuk melukis kartun kembali secara kecil-kecilan dan angkat menonjolkan karya di website terbaru (dalam perancangan). Insyaallah. Mungkin tak ramai tertarik tapi saja nak buat untuk galeri sendiri. Boleh baca balik di masa pencen nanti.. Huhuhuhuuhu
2. Main gitar. Kat rumah ni ada gitar usang pembelian abang saya. Tak berusik bertahun-tahun jadi tetiba je berdetik nak belajar main. Rasanya dah berbulan petik-petik gitar tapi bunyi tak sebest mana. Dah try gak lagu jiwang Kangen Band, bolehlah sikit-sikit. Bunyi mungkin tak sebest pemain asal. Malahan boleh dikatakan hanya mencapai tahap 40% je bunyinya tapi pedehal. Untuk menghibur hati sendiri yang lara bolehlah. Kira lebih kepada syok sendiri la.. Ada cita-cita nak masukkan petikan gitar dalam youtube tapi kalau ikut skill ni mungkin tahun depan kot.Tapi tahunnya tak tahu le.. Mungkin 2011,2012, 2020 atau tak masuk-masuk.. Wallahualam.
Gaya ada la sikit-sikit cam pemain gitar. Tapi bila petik, bunyi cam kompang dah.. Huhuhuhuhuh.. Jangan tertipu dengan eksperisi muka tu..
3. Menulis sajak. Dalam blog ni si Zool ada menulis sajak-sajak tapi taklah sehebat mana pun. Penggunaan perkataan pun tak sepuitis mereka yang mempunyai nilai seni dalam diri. Tapi pedehal, untuk diri sendiri dah cukuplah tu. Bukan nak masuk anugerah sastera pun.
4. Menulis blog. Mungkin ramai yang baca blog ni setuju dengan kenyataan diatas kot. Si Zool ni bukanlah pandai menulis entri. Ayat pun tunggang terbalik dan tiada hala tuju. Tapi terima kasih sebab ada juga individu-individu terbaik yang sanggup ‘follow’ blog ni. Kadang-kadang rasa nak nangis plak..
5. Ambil gambar. Konon-konon nak jadi ‘photographer’ cam Acai le. Tapi kamera tak seberapa.. Dah tu main editing gambar pun tak pandai sangat. Setakat tahu photoshop adjust sikit sebanyak je. Huhuhuhuhu. Tapi ‘pedehal’ kan, untuk galeri sendiri tak perlu nak ‘terer’ cam Saifulnang pun.
6. Sukan terutama bolasepak. Memang yang ni takde bakat. Tu yang bila main futsall selalu jadi ‘defend’ je. Kerjanya hanya untuk menebas kaki pihak lawan. Ha hahaha. Nak buat skill-skill tu memang tak berapa nak jadi le. Sebab tu kalau main futsall, jarang ‘teammate’ nak ‘pass’ bola. Mentang-mentang tahan bola tak pandai..
![]()
7. Mengurat. Yang ni memang takde bakat langsung. Masih belajar lagi (dah tua pun tak reti-reti lagi).. Ok tak nak tulis banyak yang ni. Ini pun mesti ramai bagi komen tang ni nanti..
![]()
Okay cukuplah setakat ini. Mungkin ada perkara yang kita tiada bakat dalam diri tapi kalau setiap hari berusaha mungkin boleh menguasainya kan.. Macam pepatah lama ‘ belakang parang kalau diasah pun boleh tajam’. Jadi itulah yang perlu dilakukan oleh si ZOol.. Hehehe
p/s :- Sebenarnya, tajuk diatas diambil bersempena dengan satu lagi projek terbaru yang akan dilaksanakan dalam beberapa bulan lagi. Tajuk diatas mungkin akan jadi ‘tagline’ portfolio terbaru si Zool.Harap jangan curi ye.. AMIN..
RSS Feed
Twitter



September 4th, 2010
zool 

Posted in
Tags: 


kadang2 bakat tu mmg ada sejak dilahirkan tetapi ada juga bakat yang boleh diasah..Bb tak pandai melukis..tapi pernah juga dulu ikut2 kawan yg designer main lukis2..ada la menjadi sikit2..tapi dah tinggalkan since mmg tak minat sgt pun..apa2 pun..all the best utk melukis kartun tu ye..nanti dah publish jgn lupa inform
Reply
zool
Reply:
September 4th, 2010 at 13:55
insyaalalh.. lambat lagi projek tu
Reply
Aku memang minat bermain gitar. Ramai kawan-kawan aku suh beli buku dan belajar sendiri. Tapi buka buku tersebut je.. terus tak boleh baca chord tu.. wahahah.. last2 gitar dan buku dah bagi pada adik aku
Reply
zool
Reply:
September 5th, 2010 at 10:12
hehehehe.. cepat putus asa tu. aku pun ada beli buku tapi memang chord byk gila.. main chord yg senang2 je..
Reply
xpe zool,
bakat setiap org kan berbeza2..
nina pun xde bakat..
hahaha
dulu suke juge lukis katun..
skrang tangan da keras da..huhu
Reply
zool
Reply:
September 5th, 2010 at 10:12
memang berbeza.. ada level tinggi.. ada yg rendah je..
Reply
Gagagaga. meh nak ajar teknik mengOrat hahahah~
Reply
zool
Reply:
September 5th, 2010 at 11:50
berapa yurannya?? huhuhuhu
Reply
bakat yang terpendam ni bagus sebenarnya..kadang kadang ia membantu meningkatkan kerjaya, membantu kita cari duit extra…huhu
Reply
zool
Reply:
September 5th, 2010 at 18:22
tu le.. tapi kalau bakat ciput lepaih tu tak asah.. hapa pun tak guna kan..
Reply