Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ligakampung yang dicintai semua…

Jika anda pengunjung setia blog ini sudah pasti mengetahui bahawa saya sedang berkursus di INTAN sehingga 24 Julai ni.. Sebab tu idea-idea blog ni agak tertumpu kepada kisah-kisah Induksi.. Mungkin berguna kepada mereka-mereka yang baru mendapat pekerjaan sebagai kakitangan awam..

Okay bercerita tentang induksi ni, antara aktiviti wajib yang memberi markah adalah berkenaan tentang pengucapan awam.. Nampaknya saya telah mendapat satu tajuk yang agak sederhana.. Tidak terlalu susah dan tidak terlalu mudah.. Tajuk yang diundi ialah ” Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial’..
Dari segi idea rasanya tiada masalah cuma mungkin dari segi keyakinan untuk berhadapan dengan orang disekeliling.Malahan waktu yang ditetapkan iaitu 5 minit mungkin sedikit membataskan idea… Walau bagaimanapun saya telah menyusun strategi antaranya ialah :-

1. Saya berkemungkinan tidak akan memakai cermin mata ketika berada di hadapan.. So kalau ada yang gelak tu memang tak nampak le…
2. Hanya 2-3 isi penting bagi mengelakkan ianya terlalu panjang hingga mencacatkan timing untuk penutup…
3. Menulis point-point dengan jelas…
4. Membaca Al Fatihah ketika memulakan mukadimah

Jadi kita tunggu sajalah apakah keputusannya.. Adakah saya mampu menarik minat ‘audience’ ??

Tags: ,

10 Responses to “Tajuk Pengucapan Awam”

  1. Salam…

    Antara tips utk public speaking sbg tambahan..
    1.Be confident…tarik nafas sedalam-dalamnya uuntuk hilangkan rasa gementar, then selawat 3 kali.

    2.Penampilan amat penting.Pakai kot akan menampakkan kita lebih yakin dan bersedia untuk public speaking.

    3.Eye contact is very important.Mata perlu melihat kepada audience dan jgn sesekali pandang bawah atau melilau ke sekeliling.

    4.Body language juga penting.Tangan jgn terlalu banyak digerakkan dan posisi badan perlu tegak.Jgn byk bergerak sama ada depan, belakang,kanan atau kiri.

    5.Sekiranya tiba-tiba kita blur,ataupun tak ingat point,jgn panik dan gelabah.Ambil masa beberapa saat utk recall balik point kita.

    Itu antara ilmu yang boleh dikongsi.

  2. eh sama lA!! syia pun kalau ckp dkt dpn bukak spect hehe..saje nk kasi kabur x nampak org.. x nervous

  3. don’t worry bro…bro boleh! :D

  4. kalau saya nervous sebab tak nak tgk reaksi audien, tapi kalau reaksi audien ok saya kembali bersemangat. tapi alhamdulillah kerja saya ni bukan jenis yg bercakap depan khalayak, kalau tak dah lama resign.. hehehe

  5. KPSU (PA) –> tq 4 tips..
    syia–> ini teknik je untuk kurangkan nervous…
    kumb@ng–> tq..
    t.a.t.a –> tbiasalah macam2 .. ada gementar ada konfident.. kita tengok je camne

  6. Hi Zool,
    Selamat berpidato… teringat debat anwar-shabery hari tu… Anwar nampak lebih konfiden…so be confident…hehe gud luck to u..

  7. Gemuruh tu leh ilang, bila kita push diri sendiri untuk berubah menjadi berani bercakap di depan ramai orang, terutama audiens yang lebih 10 orang.

  8. heheh teringat masa first bagi pengucapan awam..ala kalau dah biasa okey jer..tak tengok teks pun bleh berucap..

  9. abgjas –> tq..
    shueqry –> ye lah.. saya akan cuba mem’push’kan diri untuk jadi lebih berani..
    FaqihHB –> tu le pasal.. masalah tak biasa.

  10. dulu aku malau gak. Tak tau apa nak cakap, sekarang. bolehla. Nak cakap dengan awek2s pun dah boleh..

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>