LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tahniah Ziyad, Ridzuan julang emas di Sukan Paralimpik Rio 2016

Minggu ini 2 nama ini menyinar di dada media SUKAN Malaysia. Ini hasil kejayaan kedua-dua atlet menyumbang pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 yang sedang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil.
Ia pasti membanggakan apabila ia merupakan emas pertama sejak Malaysia menyertai temasya sukan di Heidelberg pada tahun 1972(yang dimenangi Ridzuan). Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi merupakan seorang atlet berusia 29 tahun yang berasal dari Perlis dan menghidap cerebral palsy semenjak usia setahun.
Mohamad Ridzuan berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100m T36 lelaki dengan catatan 12.07 saat sekaligus memadam rekod lama temasya yang dipegang Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25 saat yang dicatat di Beijing 2008.
Beliau juga sebelum ini pernah meraih emas di Kejohanan Dunia tahun lalu di Doha.

Bagi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad pula yang menyertai kategori F20(masalah pembelajaran) pula berjaya mengondol pingat emas dan juga mencipta rekod baharu dunia dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau. Beliau berjaya memadamkan rekod lama 16.29 m yang dicatatkan oleh atlet Australia, Todd Hodgetts. Kejayaan yang cukup besar bagi skuad negara.

Sudah pasti kejayaan ini akan membuka mata banyak pihak. Kalau kita lihat dalam media sosial misalnya, ramai yang mula mengenali dua individu ini. Mungkinkah sukan Paralimpik telah mula dipandang oleh peminat sukan negara? Semoga begitulah kerana aksi mereka juga hebat. Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada kedua atlet yang cukup hebat ni.
Rasanya bukan mudah bagi mereka untuk berjaya ke tahap ini. Semoga mereka akan terus maju dan tidak menjadikan kejayaan ini sebagai penamat dalam aksi sukan mereka.

Diharap ada juga atlet lain yang mampu menyumbangkan pingat dalam acara Paralimpik 2016.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)