LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Tahniah ! JDT juara Liga Super 2019

Semua peminat bola sepak tempatan sudah sedia maklum tentang dominasi JDT dalam Liga Super. Tahun ini, skuad dari selatan ini meneruskan kejuaraan dalam Liga Super untuk tahun keenam berturut-turut.
Pasukan JDT memungut 53 mata keseluruhan daripada 22 perlawanan dimana mereka menang 16 perlawanan 5 seri dan hanya kalah sekali sahaja.
Pada aksi terakhir skuad JDT seri dengan Terengganu 3-3 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos.

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada pasukan JDT dan perlawanan terakhir pada hari ini akan menentukan kedudukan penting iaitu pasukan yang akan menduduki tangga ketiga.
Persaingan antara Kedah, Selangor dan Melaka tatkala tempat kedua telah sah milik pasukan Pahang. Begitu juga persaingan antara PKNP dan Felda United untuk mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana tatkala pasukan Kuala Lumpur telah hampir pasti ke Liga Perdana 2020.

Kredit Gambar :-Twitter MFL

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)